Advertisements

KISS 2022: Bantuan RM200 Sebulan Untuk Kaum Ibu

Advertisements

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan satu initiatif dari Kerajaan Negeri Selangor dalam menghargai dan mengiktiraf pengorbanan besar kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Program ini merupakan program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan untuk pembelian barangan keperluan asas.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon kad KISS Selangor adalah:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun dan
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
  • Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah
  • Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

Jenis dan Kadar Bantuan

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kad KISS bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.

Bagi kad yang digunakan tidak akan dibawa ke bulan hadapan tetapi setiap bulan kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 secara automaik.

Cara Memohon KISS

Pendaftaran kini boleh dibuat melalui atas talian (online) di pautan laman web berikut:
https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/

Atau boleh memuat turun borang permohonan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dokumen Sokongan

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sah
  • Salinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan Polis
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan data eKasih
  • Salinan Pemilih Berdaftar Di Selangor

Cara Penggunaan Kad KISS

Cara penggunaan Kad KISS adalah seperti berikut:

  1. Peserta pergi ke kedai/pasaraya berdaftar.
  2. Peserta memilih barangan keperluan asas.
  3. Peserta memberikan kad KISS kepada juruwang di kaunter pembayaran.
  4. Peserta menyemak baki kad sebelum membuat pembayaran.
  5. Juruwang akan merekodkan barangan yang dipilih secara automatik menggunakan sistem POS (Point of Sales).
  6. Hanya barangan yang tersenarai yang akan diluluskan untuk pembelian yang akan ditapis oleh sistem POS.
  7. Juruwang akan memasukkan kad KISS ke dalam terminal pembayaran.
  8. Peserta perlu menekan nombor PON di terminal pembayaran.
  9. Resit akan dicetak memaparkan baki awal, senarai barangan yang dibeli dan baki akhir.

Baca juga: HPIPT 2022, Insentif RM1,000 Untuk Pelajar Masuk IPT

Senarai Barang Yang Diluluskan

  1. ​Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila salurkan pertanyaan melalui saluran berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.