Advertisements

KKM Lulus Vaksin Convidecia CanSino Sebagai Dos Penggalak

Advertisements

Vaksin Convidecia Cansino telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatain Malaysia (KKM) sebagai vaksin dos penggalak atau pemvaksinan secara campuran.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Anak syarikat milik penuh Solution Group Bhd (SGB), Solution Biologics Sdn Bhd, rakan kongsi pembuatan ASEAN CanSino Biologics Inc (CanSinoBIO), pada Isnin.

Dos penggalak heterologous merujuk kepada vaksin penggalak yang diberikan dengan vaksin yang berbeza daripada vaksin yang diberikan sebelum ini, kata SGB dalam satu kenyataan.

Sebelum ini KKM telah memutuskan bagi dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang telah melengkapkan dua dos vaksinasi Sinovac perlu mendapatkan vaksin dos penggalak.

Dengan kelulusan yang diberikan kepada vaksin Convidecia ini, rakyat Malaysia akan lebih banyak pilihan vaksin untuk suntikan dos penggalak.

Baca juga: China Dilaporkan Diserang Wabak Selsema Burung H5N6, Sudah 5 Kematian

Menurut SGB, dos penggalak daripada vaksin berbeza lebih berkesan dengan tindak balas imun yang lebih tinggi berbanding menggunakan vaksin yang sama untuk suntikan dos penggalak.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Menggariskan keberkesanan penggunaan vaksin heterologous itu, keputusan percubaan klinikal menunjukkan bahawa mereka yang menerima dos tunggal Convidecia sebagai dos penggalak selepas menerima dua dos vaksin Covid-19 tidak aktif menunjukkan bahawa ia selamat dan mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.