Advertisements

KL City FC Tawar Tiket Kombo RM40 Untuk 3 Perlawanan AFC

Advertisements

Kuala Lumpur (KL) City FC menawarkan tiket menonton perlawangan bola sepak AFC secara kombo bernilai RM40 untuk penyokongmya.

Tiket kombo tersebut merangkumi tiket kedua-dua perlawanan Kumpulan H The City Boys dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022.

Perlawanan tersebut akan membabitkan perlawanan antara KL City menentang wakil Indonesia PSM Makassar pada 24 Jun dan Tampines Rovers dari Singapura pada 30 Jun.

Selain itu, pakej tersebut juga akan membolehkan peminat menyaksikan pertembungan antara PSM Makassar dan Tampines Rovers pada 27 Jun ini.

Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras.

Bagi penyokong yang mahukan tiket grandstand, KL City FC juga telah memperkenalkan ‘Tiket Kombo Grand Stand RM100’ untuk memberi peluang kepada peminat menonton ketiga-tiga perlawanan dari ruang tempat duduk utama stadium.

Pakej kombo ini memberi penjimatan sebanyak 46.67 peratus untuk awam dan 33.33 peratus untuk grandstand berbanding harga tiket asal.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Tebus Tambang Percuma Perkhidmatan RapidKL Sehingga 15 Julai

Cara Pembelian Tiket

Secara Atas Talian

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya boleh dapatkan di www.tickethotline.com.my bermula 17 Jun ini. Dapatkan segera kerana hanya tersedia secara eksklusif.

Harga bagi pakej kombo untuk ketiga-tiga perlawan KL City FC kumpulan H adalah seperti berikut:

  • RM40 untuk tempat duduk awam
  • RM100 (grandstand)

Bagaimanapun, penyokong yang memilih untuk menonton perlawanan individu boleh membeli tiket pada harga:

  • RM25 untuk tempat duduk awam
  • RM50 (grandstand) dengan tiket sedang berlangsung.

Pembelian di kaunter stadium

Jualan di kaunter stadium bermula 22 Jun dari jam 2 petang hingga 7 malam setiap hari.

Kemasukan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah adalah percuma, namun, mereka mesti ditemani oleh ibu bapa atau penjaga dengan tiket perlawanan.

Tiket Tempat Duduk Peribadi @ Privacy

KL City FC juga menawarkan susunan tempat duduk peribadi yang dikenali sebagai ‘Kawasan Keluarga & Rakan’ di mana penyokong akan duduk pada jarak yang selamat dari orang ramai untuk menonton Perlawanan dengan tiket berharga RM300 setiap perlawanan.

Pihak yang berminat boleh menghubungi KL City di talian 019-2017466 atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor yang sama untuk mendapatkan butiran lanjut atau membuat tempahan.

Tiket Bermusim

Sementara itu, ahli ‘B2 City Boys’ yang merupakan pemegang tiket musim boleh mendapat penyertaan ke ketiga-tiga perlawanan dengan harga RM32.

Setiap pemegang tiket musim dengan bayaran tambahan Piala AFC diberi kelebihan untuk membawa tetamu di bawah umur 18 tahun tanpa had dengan penyertaan caj RM2 seorang.

Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, kemasukan kekal percuma.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.