Advertisements

Kontak Rapat Covid-19 Tak Lengkap Vaksin Tidak Perlu Kuarantin

Advertisements

Kontak rapat Covid-19 tak lengkap vaksin tidak perlu kuarantin jika tiada gelaja mulai 22 April ini. Bagaimanapun, mereka masih perlu mematuhi SOP dengan memakai mask.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika sidang media di Parlimen dan juga di Twitter beliau pada 14 April yang lalu.

Peraturan baharu mengenai kontak rapat itu dibuat berikutan terdapat permintaan daripada pelbagai pihak terutama yang tinggal di asrama.

Ini kerana terdapat pelajar yang tidak lengkap vaksinasi kerana faktor-faktor tertentu.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-46.png

Baca juga: Tarikh Akhir Pemberian Vaksin Covid-19 Dos 1 PICKids Pada 15 Mei 2022

Terdahulu, kontak rapat yang lengkap vaksinasi tanpa dos penggalak perlu menjalani tempoh kuarantin selama lima hari, manakala yang tidak lengkap vaksinasi selama tujuh hari.

Hanya kontak rapat yang tidak bergejala tetapi sudah lengkap status vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 1 Mac lalu.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.