Advertisements

Kursus Perkhidmatan Awam (PSV) Sebagai Kapten Bas Secara Percuma

Advertisements

Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA) menawarkan Kursus Perkhidmatan Awam (PSV) sebagai kapten bas secara percuma

Program ini merupakan kerjasama antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA).

Tawaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan dan bercita-cita untuk mencari pekerjaan sebagai kapten kapal.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

Kelebihan Program

Antara kelebihan yang bakal dinikmati oleh peserta Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) ini:

  1. Latihan percuma selama 3 bulan
  2. Jaminan pekerjaan selepas tamat latihan
  3. Elaun latihan sebanyak RM150.00
  4. Makan, minum dan asrama disediakan sepanjang latihan

Tempoh Kursus

Program ini akan berlangsung selama 3 bulan dan setiap peserta yang diterima masuk akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan.

Baca juga: Permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut & Darat RM300

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon mengikuti kursus ini perlulah memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia berusa antara 21 hingga 40 tahun
  2. Keutamaan kepada penduduk di wilayah KEJORA
  3. Sihat tubuh badan
  4. Boleh membaca dan menulis
  5. Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol
  6. Pemegang lesen D selama 2 tahun dan tiada rekod saman tertunggak
  7. Terhad kepada 30 orang peserta sahaja
  8. Permohonan hendaklah dihantar sebelum tarikh 7 Julai 2022

Cara Memohon

Permohonan untuk menyertai Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengisi maklumat dan butiran diri anda di Google Form.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Julai 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan kursus ini, sila hubungi dengan pegawai bertugas di bawah ini:

  1. En Amir Hafizal – 07 884 3086
  2. Cik Norniza – 07 884 3085

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements