Terbaharu, kini anda boleh mencarum insuran melalui akaun KWSP sedia ada melalui akaun 2. Inisiatif tersebut yang dinamakan i-Lindung dilancarkan oleh KWSP di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Platform layan diri ini dilaksana bagi memudahkan pembelian produk insurans perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal daripada Akaun 2 ahli.
Objektif i-Lindung tidak lain tidak bukan adalah sebagai saluran perlindungan sosial dan keselamatan kewangan dalam meringankan bebanan kepada ahli sekiranya berlaku situasi tidak diduga dan di luar kawalan.
Apakah i-Lindung
i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Baca juga: Kadar Bantuan Tunai BKM Mungkin Ditambah – PM
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk mencarum i-Lindung:
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP (pengguna i-Akaun)
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP
Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan
Berikut merupakan perlindungan yang ditawarkan di dalam i-Lindung:
- Perlindungan hayat
- Perlindungan Penyakit Kritikal
Setakat ini, perlindungan yang ditawarkan adalah selama 1 tahun.
Ciri-ciri Utama i-Lindung
1 – Proses yang lancar
Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan.
2 – Sebut harga serta-merta
Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian.
3 – Pusat maklumat
Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan.
4 – Paparan keseluruhan
Memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan.
5 – Bila-bila masa dan di mana sahaja
Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua.
6 – Dapat pelepasan cukai
Premium/sumbangan yang ditolak daripada Akaun KWSP anda layak mendapat pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai Malaysia semasa dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Cara Pembelian i-Lindung
Pembelian produk di bawah i-Lindung hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli).
- Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
- Klik pada tab i-Lindung
- Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT
- Lengkapkan maklumat di portal SIT
- Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP
- Penerimaan penyata maklumat dari SIT.
Perlindungan akan bermula pada hari polisi/sijil anda telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang KWSP atau boleh mengajukan pertanyaan di borang ini.