Advertisements

KWSP Peruntukkan RM10 juta Untuk Bantuan Banjir

Advertisements

Banjir yang berlaku di Selangor baru-baru ini merupakan bencana yang paling teruk dan jarang berlaku. Ianya seakan ‘tsunami’ yang melanda sehingga menenggelamkan kawasan terjejas sehingga lebih 2 meter.

Justeru itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM10 juta untuk bantuan banjir kepada komuniti yang terjejas.

Menurut Menteri Kewangan terbabit, bantuan itu akan disalurkan melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GDRN).

KWSP turut menawarkan penggunaan Kampus Pembelajaran KWSP (ELC) di Bangi, yang menyediakan 152 bilik dengan kemudahan penuh, kepada mereka yang telah dipindahkan berikutan banjir serta perkhidmatan kecemasan terhadap krisis ini.

Selain itu, warga KWSP juga sedang mengumpul dana melalui Program Kongsi Rezeki KWSP bagi membantu mangsa banjir, selain menggerakkan sumber di cawangan KWSP di seluruh negara untuk memastikan kesinambungan perniagaan di kawasan yang terjejas sebagai tanda sokongan dan solidariti.

Mengikut rekod, KWSP pernah membenarkan pencarum yang terjejas akibat banjir mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untuk tujuan membina semula kediaman yang musnah akibat banjir melalui Pengeluaran Membeli/Membina Rumah.

Bagaimanapun, pencarum perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau penghulu bahawa rumah pertama mereka yang dibeli atau dibina melalui Pengeluaran Perumahan KWSP telah musnah akibat banjir.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sebelum ini, kerajaan telah pun mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain dan juga bantuan banjir sebanyak RM1,000 yang akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah

Sumber: Astro Awani

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.