Advertisements

Lakukan 7 Perkara Ini Sebelum Berbuka Dengan Makanan Dari Bazar

Advertisements

Sejak bermulanya Ramadhan, suasana setiap petang menjadi begitu meriah dengan adanya bazar Ramadhan. Di setiap bazar ada sahaja tarikan makanan masing-masing dengan kepelbagaian menu juadah berbuka.

Namun, dalam keseronokan membeli juadah berbuka, harus diingat dalam membuat pilihan juadah, anda mestilah berhati-hati dan teliti dalam memilih makanan.

Ini kerana setiap kali Ramadhan ada sahaja isu mengenai makanan yang rosak selepas dibeli daripada bazar apabila ingin dimakan ketika berbuka. Perkara terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen dan maklum balas penjual.

Namun kita sebagai pembeli haruslah mengambil langkah berhati-hati ketika membeli supaya tidak menghadapi masalah keracunan makanan.

Berikut kami kongsikan tips dari Facebook Erna Nadia yang anda boleh gunakan sebelum berbuka dengan makanan dari bazar.

1 – Berbau

Jika makanan tersebut berbau pelik, elakkan dari membeli atau makan atau minum.Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.

2 – Warna Lain Dari Lain

Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3. Berbuih Atau Berkeladak

Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan.

4. Rasa Keras Atau Kering Atau Sedikit Gelap Dari Sepatutnya

Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nuget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warna kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan daripada memakannya.

Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula.

5 – Jangan Simpan Makanan Lebih 2 Hari Dalam Peti Sejuk Bawah

Elakkan dari menyimpan makan lebih daripada dua hari di dalam peti sejuk bahagian bawah.

6 – Tiada Telur Lalat Atau Dihurung Lalat Atau Serangga

Pastikan tiada ‘telur lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.

Baca juga: Permohonan Bantuan Aidilfitri i-Perantau Terengganu

7. Periksa Tekstur Makanan Dan Minuman

Lihat juga tekstur makanan dan minuman sebelum anda makan atau minum. Periksa dahulu sebelum beli.

Musim bazar ni, memang kalau boleh, macam nak beli semua. Yang ni sedap yang tu surrrr sana memikat selera situ bau, buat rusuk eh perut bergetar. Macam-macam.

Biasalah, kan? Perut dah kosong dari pagi, nampak air kosong pun terliur.

Ok saja nak membeli cuma berhati hati. Terutama jika beri makan pada anak kecil atau orang tua.

Pernah ada kes tahun lepas melibatkan berpuluh kematian akibat termakan puding diraja yang dibeli dalam talian dan beratus kematian akibat ayam sudah busuk digunakan masa kenduri anak.

Pastikan kita periksa makanan dan minuman tu elok-elok sebelum kita makan dan minum.

Masa nak beli pun boleh tengok rupa makanan dan minuman tu macam mana. Jika pelik atau berubah dari kebiasaan, elakkan.

Untuk peniaga, berlaku jujurlah dalam berniaga. Kasihan pembeli, mereka dah la lapar, nanti jatuh sakit pula.

Keracunan makanan boleh membawa maut jika teruk. Sebab tu, be careful.

Pastikan juga anda memanaskan makanan dengan betul sebelum makan dan eloklah makan makanan yang fresh.

Sumber: Facebook Erna Nadia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.