Advertisements

Kerajaan Lancarkan Tabung Bantuan Keluarga Malaysia

Advertisements

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun telah melancarkan Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir.

Beliau berkata, perlaksanaan tabungan itu adalah untuk memberi peluang kepada orang awam dan syarikat korporat untuk menyumbangkan bantuan melalui saluran yang betul.

Bagi yang ingin memberi sumbangan wang tunai bolehlah terus menyalurkan kepda Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melalui Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di nombor akaun Alliance Islamic Bank Bhd 160140010004801.

Baca juga: Kerajaan Umum Bantuan Tambahan Untuk Peniaga Terjejas Banjir

Menurut Datuk Seri Rina Mohd Harun, cukai pendapatan akan dikecualikan bagi setiap sumbangan wang tunai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN telah mengatakan bahawa Shapadu Group menjadi syarikat korporat pertama yang menyumbang kepada tabung berkenaan dengan sumbangan sebanyak RM150,000.

Selain daripada itu, syarikat Shapadu Group juga turut menyediakan seribu pek makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar Selangor yang tidak ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Selain memberi sumbangan kewangan, penyumbang juga boleh membantu mangsa banjir dari segi barangan keperluan. Hasil daripada sumbangan barang keperluan tersebut akan dikumpulkan dan dihantar ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.

Beliau berkata lagi, dalam pada masa yang sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperuntukan bantuan berjumlah RM35 juta khusus untuk bencana banjir kali ini.

Katanya, kementerian itu juga masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk peruntukan tambahan bagi menangani impak bencana itu.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: TNB Lancar Bantuan Set Janakuasa Bergerak Bagi Kawasan Banjir Yang Telah Surut

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.