Advertisements

Lanjutan Tempoh Mohon Rebat Cukai Pemilik Rumah Mesra Alam PJ

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melanjutkan tempoh rebat cukai taksiran bagi pemilik rumah Mesra Alam sekitar Petaling Jaya.

Skim rebat cukai ini dibuat adalah untuk mempromosikan gaya hidup penduduk yang mesra alam hijau ke arah menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah.

Di samping itu, cukai taksiran ditawarkan kepada pemilik rumah yang menjadikan kediaman mereka mesra alam dari aspek tenaga, air, kepelbagaian biologi, pengurusan sisa buangan dan pengangkutan.

Baca juga : Tawaran Program Khas Biasiswa Sagong Tasi Negeri Selangor

Tempoh Lanjutan Permohonan

Tempoh permohonan skim rebat cukai taksiran bagi pemilik rumah Mesra Alam sekitar Petaling Jaya akan dilanjutkan sehingga 30 September.

Kadar Rebat Yang Ditawarkan

Kadar rebat yang ditawarkan mulai 30 Jun ialah maksimum 100 peratus cukai taksiran tahunan atau RM500 atau mana-mana yang lebih rendah.

Cara Memohon Skim Rebat Cukai

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi MBPJ e-Rebat atau rujuk di pautan www.mbpj.gov.my.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Info Lanjut

Untuk keterangan lanjut, hubungi Sekretariat Pasukan Petugas Bandar Rendah Karbon Petaling Jaya di talian 03-7954 1440, e-mel [email protected] atau rujuk laman web MBPJ.

Baca juga : SPOT: Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.