jawatan kosong latihan separa perubatan 2018

Permohonan Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan 2018

Permohonan program latihan separa perubatan bagi tahun 2018 kini dibuka.

SPA melalui portal rasminya mengumumkan pengambilan baru bagi jawatan kosong latihan separa perubatan boleh dibuat mulai hari ini sehingga tarikh tutup 5 Ogos nanti.

Untuk makluman, terdapat 2 kategori bagi lantikan separa perubatan iaitu:

  • Kategori 1 bertaraf Sijil (SPM) — 172 kekosongan
  • Kategori 2 bertaraf Diploma — 1,399 kekosongan

Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA nanti.

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Calon boleh mendapatkan nota rujukan khas peperiksaan online Latihan Separa Perubatan di sini.

Baca juga: Cara Mohon Kerja Di Singapura Untuk Rakyat Malaysia

Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan 2018

Berikut antara kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

  • Jururawat
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Juru X-Ray
  • Juruterapi Pergigian
  • Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Penolong Pegawai Farmasi

Syarat kelayakan bagi program latihan separa perubatan (Diploma) adalah seperti berikut:

  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

  • Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Pembantu Kesihatan Awam

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Permohonan Latihan Separa Perubatan

Berikut adalah iklan jawatan kosong latihan separa perubatan terkini Ogos 2018.

permohonan latihan separa perubatan

 

Pendaftaran permohonan jawatan kosong latihan separa perubatan 2018 perlu melalui portal rasmi SPA dengan mengisi borang SPA8i.

Sebarang penghantaran surat atau resume tidak diperlukan.

Dalam bulan Januari ini SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Tarikh tutup permohonan pada 14 Januari 2018 jam 11.59 malam.

Mohon sekarang di portal rasmi SPA.

Sekiranya ada pertanyaa lanjut, anda boleh menghadirkan diri ke alamat berikut:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA

Atau hubungi nombor 88856000.

Pastikan anda kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang mengimpikan kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam.