Advertisements

Lebuhraya SUKE Dibuka Dengan Tol Percuma Selama Sebulan

Advertisements

Lebuhraya SUKE atau Sungai Besi-Ulu Kelang secara rasminya telah dibuka kepada semua pengguna jalan raya pada 16 September 2022 yang lalu.

Walaupun belum sepenuhnya siap, kini pengguna lebuhraya boleh menikmati lebuh raya SUKE fasa 1 ini secara percuma selama 1 bulan.

Apabila siap sepenuhnya kelak, SUKE akan menghubungkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE).

Dengan adanya Lebuhraya SUKE ini, ianya bakal menjadi laluan alternatif terbaik bagi mengelak kesesakan di MRR2.

Ianya dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang MRR2 sebanyak 30 peratus, Jalan Ampang (36 peratus) dan Jalan Loke Yew (12 peratus).

Ciri-Ciri Lebuhraya SUKE

SUKE adalah lebuh raya 100 peratus berlampu dengan dilengkapi 3,377 lampu jalan LED, selain dilengkapi 40 kamera litar tertutup (CCTV), 22 telefon kecemasan dan 22 sistem pengesanan kemalangan kenderaan (VIDS) dipasang pada tiang bersepadu.

Keunikan Lebuhraya aSUKE

Pembinaan lebuhraya SUKE yang bermula pada Ogos 2016 membabitkan kos RM5.7 bilion, mempunyai struktur jejambat lebuhraya tertinggi (jejambat bertingkat galang kekotak bersegmen (SBG) pada ketinggian 56.4m merentasi MRT Laluan Sungai Besi-Kajang (SBK) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Menariknya, ia mempunyai tanjakan ‘helikoidal’ pertama di Malaysia di persimpangan Cheras-Kajang dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Pembukaan Lebuhraya SUKE Fasa 1

  1. Meliputi jajaran sepanjang 16.6km dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa.
  2. Melibatkan 11 persimpangan dan 2 plaza tol – Tol Bukit Teratai dan Tol Ampang.
  3. 3 laluan itu berkelebaran 3.5m, dengan tambahan 3m lorong kecemasan, pada kedua-dua arah

Baca juga: Banjir Besar Diramal Berlaku Pada Penghujung November

Tol Percuma Selama Sebulan

Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof mengumumkan laluan ini boleh digunakan secara percuma selama sebulan semasa pembukaan rasmi Lebuhraya SUKE Fasa 1 ini,

Tol percuma ini secara tidak langsung memberi peluang kepada semua pengguna jalan raya merasai sendiri laluan di lebuh raya ini dan membantu mereka merancang perjalanan di masa hadapan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai progres projek ini, sila layari laman web rasmi SUKE di http://www.mysuke.com.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.