Advertisements

Lelaki Pantai Timur Kongsi 7 Peralatan Mudahkan Proses Cuci Rumah

Advertisements

Impak banjir tidak hanya menyebabkan air memenuhi kediaman rumah kita semata. Malah, bencana yang beru sahaja melanda di Malaysia ini sedikit sebanyak memberi impak yang besar seperti kemusnahan rumah dan rumah dipenuhi kekotoran.

Bukan mudah untuk mencuci kesan kotor dan lumpur degil yang melekat di dinding dan kawasan rumah kita. Hal ini perlu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan seperti sedia kala.

Bagi mangsa banjir, sudahlah banyak kelengkapan rumah rosak, terpaksa pula berdepan dengan proses membersihan yang agak rumit.

Bagaimanapu, proses itu boleh dilakukan dengan mudah menggunaan peralatan yang sesuai.

Hal ini telah dikongsi seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Jodie. Menurut hantarannya di Twitter, pemuda ini menjelaskan cara terbaik untuk membersihkan rumah selepas beelakunya kebanjiran.

Semoga perkongsian Jodie ini mampu memberi manfaat kepada mereka yang sedang menghadapi situasi ini.

“Aku tinggal di Pantai Timur, banjir agak biasa di sini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

“Jadi aku senaraikan barang yang aku guna untuk bersihkan rumah selepas banjir. Harap dapat manfaat untuk semua,” titipnya.

Menurut bebenang yang dikongsikan, terdapat tujuh peralatan yang memudahkan proses bersihkan kawasan rumah selepas banjir.

1.Water Jet

Ia antara yang paling penting kerana akan menjimatkan masa dan tenaga korang untuk bersihkan lumpur.

2. Penyodok Air

Boleh beli di kedai, kedai hardware banyak jual ini. Di Shopee pun ada.

3. Sarung tangan

Pakai sarung tangan supaya tangan tidak melecet dan selamat. Air banjir itu air kotor.

4. But plastik kalis air

Bila banjir lumpur kita tidak nampak binatang atau objek tajam. Saya cadangkan pakai but kalau keadaan banjir seperti itu.

5. Plastik sampah tahan lasak (heavy duty)

Beli plastik sampah yang heavy duty, barulah ia tidak mudah terkoyak.

6. Pasir kucing

Jodie turut menjelaskan peranan pasir kucing dalam proses pembersihan selepas banjir. Katanya ia boleh menyerap bau lumpur.

7. Penyegar udara

Selepas banjir bau kediaman sangat busuk dan ia sukar untuk disingkirkan. Jadi gunakan penyegar udara. Boleh dikatakan setiap sudut saya letak. Tingkap pula pastikan dibuka.
Bagaimanapun, sebelum menggunakan barang-barang tersebut, Jodie mengingatkan supaya mengocak air banjir terlebih dahulu untuk membuang lumpur.

Manaklaa barang-barang rumah juga perlu dibasuh berulang kali untuk menghilangkan bau busuk.

Selepas dikeringkan kemudian barulah disembur air menggunakan water jet.

Tips yang dikongsikan ini sangat berguna untuk membersihkan kotoran banjir di rumah.

Malah ia juga praktikal ketika membantu mencuci kediaman mangsa-mangsa banjir. Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter Jodie

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.