Advertisements

LHDN Beri Penangguhan Bayaran Cukai Bagi Mangsa Banjir

Advertisements

Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN beri penangguhan bayaran cukai bagi mangsa banjir termasuk juga majikan yang terjejas akibat banjir.

Perkara ini disahkan pada hari Selasa lepas apabila pihak LHDN memaklumkan tarikh akhir bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) bagi Disember ini dilanjutkan hingga 31 Januari depan.

Manakala bayaran ansuran siasatan, audit, pungutan, guaman sivil bagi Januari depan ditangguhkan hingga Februari.

Menurut LHDN, tarikh akhir bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau CP38 pekerja bagi bulan saraan Disember ini pula dilanjutkan untuk diremit hingga 31 Januari depan berserta bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan hingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.

Baca juga: Pinjaman Pemulihan Banjir Tanpa Faedah Kepada Mangsa Banjir – TEKUN Nasional

Cara Permohonan Tangguhan

Pembayar cukai dan majikan yang terjejas perlu mengemukakan permohonan penangguhan bayaran itu melalui e-mel, [email protected] dan melalui borang maklum balas yang boleh dicapai di portal rasmi LHDN.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada LHDN melalui talian ‘Live Chat’ dan borang maklum balas di portal rasmi, atau hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (luar negara).

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.