Advertisements

Login UFUTURE UiTM: Pembelajaran Kursus Atas Talian

UFUTURE merupakan portal pembelajaran secara atas talian untuk kegunaan bukan sahaja kepada para pelajar tetapi orang ramai yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Portal ini merupakan platform yang dibangunkan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran dalam talian kepada individu yang ingin mengikuti kursus pembelajaran yang disediakan oleh pihak UiTM.

Portal ini telah digunakan seramai 184,148 pelajar, melibatkan seramai 9,437 tenaga pengajar, 5,799 kursus ditawarkan dan 800,887 kandungan pembelajaran dimuat naik menerusi portal ini.

Objektif Pembangunan Portal

Objektif utama pembangunan portal ini adalah untuk:

  • Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran secara atas talian.
  • Bagi memenuhi gaya pembelajaran atau keperluan pelajar masa kini.
  • Bagi meningkatkan kebolehcapaian pengguna dan fleksibiliti masa pelajar dalam proses pembelajaran yang dijalankan.

Capaian Portal

Pengguna yang menggunakan portal ini boleh mendapat capaian berikut iaitu:

  • Kursus UiTM: Senarai program dan pendekatan pembelajaran komprehensif untuk pelajar sepenuh masa dan separuh masa di UiTM.
  • UiTM MOOC: Kursus online terbuka secara yang membenarkan akses kepada bilangan peserta yang ramai, interaksi yang berterusan dan akses bahan pembelajaran yang disediakan.
  • Micro Credential Courses: Kelayakan pensijilan bagi kemahiran dan pengetahuan khusus yang membolehkan individu kekal relevan dalam bidang mereka.
  • Online Degree: Pembelajaran atau kuliah dalam talian yang boleh diakses menerusi interaksi dinamik dengan professor dan rakan sekelas.
  • Short Courses: Kursus secara pembangunan profesional dan peribadi untuk meningkatkan kemahiran diri dalam kerjaya.
  • APEL: Proses secara sistematik untuk pengenalan, dokumentasi dan penilaian pengalaman terdahulu untuk mempercepatkan perjalanan untuk pengijazahan.

Cara Login

Bagi mengakses portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/.
  2. Klik menu ‘Sign Up.’
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Klik ‘Sign Up.’
  5. Masukkan username dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  6. Pengguna berjaya memasuki sistem portal ini.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai UFUTURE UiTM, sila layari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: