Advertisements

Lokasi Agihan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) RM1000 Untuk Mangsa Banjir

Advertisements

Bantuan Selangor Bangkit (BSB) RM1000 mula diagihkan untuk mangsa banjir menerusi insiatif Selangor Bangkit kepada lebih 9,000 keluarga terjejas akibat banjir mulai 29 Disember 2021.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pemberian akan dilakukan secara berperingkat mengikut katergori Mangsa Banjir.

Dijangkakan 9,000 lebih keluarga dan tidak termasuk keluarga yang tidak berpindah ke PPS, menjadikan bakal berlaku pertambahan mencecah 15,000 hingga 20,000 keluarga terkesan dengan banjir.

Kadar Bantuan Selangor Bangkit

Kadar Bantuan Selangor Bangkit (BSB) adalah seperti berikut

  1. RM1,000 kepada setiap keluarga yang terkesan akibat banjir (termasuk mangsa banjir, sukarelawan atau NGO dan petugas agensi yang membantu semasa banjir).
  2. RM10,000 untuk keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dalam tragedi banjir di Selangor.

Baca juga: Bantuan Khas RM500 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Banjir Di Pahang

Kategori Mangsa Banjir

Kategori Pertama

Kategori pertama iaitu mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) awam di bawah kendalian kerajaan negeri dan Persekutuan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kategori Kedua

Pemberian bantuan akan disusuli dengan kategori kedua iaitu mereka yang berpindah di PPS kendalian pihak swasta dan persendirian.

Ini kerana mereka yang tinggal di PPS awam dan swasta, nama dan nombor kad pengenalan mereka sudah didaftarkan.

Kategori Ketiga

Bagi kategori ketiga pula bagi mereka yang tidak berpindah, pemberian akan diberikan melalui pusat sehenti dan menggerakkan Pertubuhan Sukarelawan Selangor (SERVE) untuk pergi rumah ke rumah bagi mendapatkan nama mangsa bermula 3 Januari depan.

Lokasi Pendaftaran Dan Penyerahan Bantuan

Lokasi pendaftaran dan penyerahan bantuan bagi mereka yang terjejas banjir akan dilakukan seperti di bawah:

One stop centre (OSC) di pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi.

Pemberian bantuan bermula 29 Disember 2021 dan akan berpandukan senarai nama yang disahkan oleh JKM serta pengurusan PPS, jadi tiada dokumen tambahan diperlukan.

OSC di lokasi yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah

Lokasi khusus bagi mereka yang telah berpindah keluar dari PPS ke rumah masing-masing.

Rumah ke rumah (house to house)

Pemberian akan dilakukan bermula 3 Januari 2022 dan lokaliti kawasan akan ditentukan oleh pejabat daerah dan tanah dan dibantu oleh Pejabat Parlimen, Pusat Khidmat Dun dan Penyelaras Dun dan Ahli Majlis, Ketua Kampung dan pasukan sukarelawan seperti Team Selangor dan Serve.

Dalam talian (online) atau hotline

Akan diumumkan setelah pendaftaran secara ‘offline’ bagi mengelakkan pertindihan data.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementarar (PPS) sahaja adalah seperti di bawah:

  • Dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, lesen memandu, pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di lokasi sama di OCS)
  • Pengesahan oleh SALAH SATU dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU ahli majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.
  • Gambar dan laporan polis tidak diperlukan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info dan borang permohonan bantuan, anda boleh dapatkan di MPKK atau Pejabat Parlimen di tempat anda.

Sumber: Menteri Besar Selangor

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.