Advertisements

Lokasi Pemberian Vaksin Dos Penggalak Secara Walk In

Advertisements

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan, Malaysia telah mengurangkan selang suntikan penggalak vaksin COVID-19 daripada 6 kepada 3 bulan untuk kebanyakan jenis vaksin. Selang 3 bulan untuk penggalak terpakai kepada orang dewasa (18 tahun dan ke atas) yang telah divaksin sepenuhnya dengan Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, Moderna, Sinopharm dan CanSino Bio.

Dengan pengumuman baru-baru ini, kebanyakan orang dewasa yang telah diberi vaksin sepenuhnya sebelum September 2021, akan diberi suntikan dos penggalak.

Buat masa ini aplikasi MySejahtera akan memberi keutamaan kepada warga emas serta individu yang mempunyai komorbiditi.

Manakala bagi mereka yang bukan daripada kategori ini, anda tidak perlu mendaftar kerana temujanji akan dibuat secara automatik melalui MySejahtera.

Namun begitu, menerusi laman Twitter, seorang pengguna bernama @ayshardzn berkongsi lokasi-lokasi pemberian vaksin dos penggalak secara walk in.

Baca juga: Cara Kemas Kini Di Aplikasi MySejahtera,MySJ Trace Ganti Fungsi Check-Out

Lokasi Pemberian Vaksin Dos Penggalak Secara Walk In

Anda boleh pergi ke lokasi berikut untuk mendapatkan vaksin dos penggalak vaksin COVID-19 secara walk in:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Paradigm Mall (Level 2 Lot 2F-20), Petaling Jaya
  • KL Gateway Mall (The Ring, berhadapan Mr DIY, Tingkat 2), Kuala Lumpur
  • Subang Parade, 1st Floor (Lot F9 & F10) Subang
  • iHeal Medical Centre, Menara IGB, Mid Valley, Kuala Lumpur
  • Kelab Sukan & Rekreasi Pelabuhan Klang
  • IOI City Tower 1, Putrajaya
  • MINES 2
  • Klinik Primer Cherang, Kota Damansara

Namun harus diambil perhatian setiap pusat vaksinasi mempunyai waktu operasinya sendiri. Masa menunggu juga mungkin berbeza kerana keutamaan diberikan kepada yang layak mempunyai temu janji di aplikasi MySejahtera dahulu.

Individu yang belum mendapat vaksin langsung juga dibenarkan masuk untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pertama mereka.

Lokasi Pemberian Vaksin Dos Penggalak Di Klinik Swasta

Anda juga boleh mendapatkan vaksin dos penggalak di klinik swasta. Anda boleh menyemak senarai klinik yang mengambil bahagian di bawah ProtectHealth.

Disarankan anda menghubungi klinik terdekat untuk membuat temujanji dan anda juga boleh meletakkan nama anda dalam senarai menunggu.

Terkini 31/12/21: Anda tidak digalakkan untuk datang secara ‘walk-in’ kerana anda mungkin akan kecewa jika tiada vaksin tambahan. Oleh itu orang ramai digalakkan untuk mendaftar dalam senarai menunggu dengan menghubungi klinik pilihan atau PPV seperti yang disenaraikan oleh ProtectHealth.

Sumber: Soya Cincau

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.