Advertisements

MAHA 2022: Nafas Tawar Diskaun Sehingga 30 Peratus

Advertisements

Bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung pada Khamis hingga 14 Ogos ini, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) diskaun sehingga 30 peratus ke atas produk mereka.

Antara barangan yang dijual di MAHA adalah jualan air secara barista klasik sejuk dan panas, produk aiskrim popsicle daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Cameron Highlands, produk berasaskan ayam proses dengan diskaun sekitar RM2 bagi setiap item.

Baca juga: Tawaran Geran Perniagaan Usahawan Belia Sehingga RM5,000

Menurutnya, produk yang dibekalkan itu antaranya ayam potong 14, ayam potong satu kilogram (kg), paha ayam tanpa tulang dan isi dada tanpa tulang.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kini sedang berlangsung selama 9 hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) setelah ianya kali terakhir berlangsung pada 2018.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan supaya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan harga istimewa tersebut.

Sebarang maklumat lanjut berhubung aktiviti dan program anjuran Nafas sepanjang di MAHA 2022 juga boleh didapati dengan melayari platform media sosial Nafas di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements