Advertisements

MAINPP- Permohonan Bantuan Pemula Ke IPT Zakat P. Pinang

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menyediakan Bantuan Permulaan Ke Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada anak kelahiran Pulau Pinang.

Bantuan Permulaan ke IPT ini di berikan adalah untuk membantu pelajar yang kekurangan terutamanya daripada golongan yang berpendapatan rendah untuk mendaftar di IPT sama ada dalam mahupun luar negara.

Selain daripada pelajar IPT, bantuan ini juga dibuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat sijil atau matrikulasi, diploma, atau ijazah.

Untuk makluman semua, bantuan permulaan ke IPT ini dibuka sepanjang tahun melalui laman portal Zakat Pulau Pinang.

Baca juga : Permohonan Bantuan Zakat UniSZA 2022 Kini Dibuka

Jumlah Bantuan Kewangan

Jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian pemohon seperti berikut:

  • Peringkat Sijil atau Matrikulasi: RM600
  • Peringkat Diploma: RM800
  • Peringkat Ijazah: RM1000
  • IPT Luar Negara: RM2,000 (maksimum)

Syarat Permohonan

Berikut terdapat dua syarat permohonan iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1) Syarat Umum

Syarat umum adalah syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang berminat untuk memohon seperti berikut:

  • Permohonan terbuka untuk kemasukan permulaan ke IPT sahaja.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Permohonan adalah sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran.

2) Syarat Khusus

Manakala syarat khusus pula adalah untuk pelajar yang menyambung pengajian di dalam negara iaitu:

  • Pemohon adalah pemastautin di Negeri Pulau Pinang.
  • Permohonan yang dibuat hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
  • Pemohon belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
  • Permohonan hanya untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  • Telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  • Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada tempoh setahun. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Selai itu, pemohon yang menyambung pengajian di luar negara juga perlu memenuhi syarat khusus seperti:

  • Pemohon adalah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  • Permohonan yang dibuat pada tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.
  • Untuk pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, Zakat Pulau Pinang akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.
  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat
  • Tempoh kursus pengajian hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

Tatacara Permohonan

Jika anda ingin memohon bantuan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari laman web zakatpenang2u.com.
  2. Tekan butang ‘Log Masuk’
  3. Tekan bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang ‘Hantar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
  6. Isi maklumat peribadi yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  7. Tekan bahagian kemaskini Bantuan Permulaan Ke IPT.
  8. Buat permohonan sehingga selesai.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang di talian 04-5498088/5498167/5498168/5498165.

Baca juga : Tawaran Bantuan Kemasukan Ke IPT Yayasan Sejahtera Kulai

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.