Advertisements

MAIWP Naikkan Kadar Had Kifayah

Advertisements

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengemas kini dan menaikkan kadar had kifayah untuk diguna pakai pada tahun ini.

Keputusan menaikkan kadar had kifayah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diputuskan MAIWP dalam Mesyuarat Bilangan dua Tahun 2022, pada 25 Mei lepas.

Apa Itu Had Kifayah

Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.

Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Objektif Kadar Had Kifayah Dinaikkan

Objektif menaikkan kadar Kifayah adalah untuk meningkatkan kadar bantuan zakat dalam meringankan beban kewangan ditanggung oleh masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan terutama golongan asnaf berikutan kenaikan harga barang mentah yang meningkat.

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan pada Mei 2022, kadar inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 2.3 peratus daripada 123.6 pada April 2021 kepada 126.4 pada April 2022 dengan kenaikan inflasi makanan adalah penyumbang terbesar.

Baca juga: Permohonan Insentif Khas Pasangan Pengantin Negeri Pahang

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Kira Had Kifayah

Cara membuat pengiraan had kifayah boleh dibuat dengan menggunakan kalkulator ini.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon.

Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements