Advertisements

MAIWP Sumbang RM35 Juta Untuk Misi Bantuan Banjir 2.0

Advertisements

Sebanyak RM35 juta disumbangan dalam misi bantuan banjir 2.0 untuk Sentuhan Kasih MAIWP.

Berdasarkan situasi terkini dan keadaan banjir yang melanda negara, atas dasar keprihatinan dan kebersamaan membantu mangsa-mangsa banjir, telah memperuntukkan bantuan tambahan sebanyak RM35 juta menerusi dana zakat untuk diagihkan dalam Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir 2.0.

Baca juga: Bantuan RM1000 Untuk Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun

JENIS-JENIS BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH MAIWP-MISI BANTUAN BANJIR 2.0

Di bawah Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Banjir 2.0 ini, MAIWP akan menyalurkan bantuan seperti berikut:

  1. Bantuan Mangsa Banjir Luar Wilayah Persekutuan sebanyak RM10 juta
  2. Bantuan Baik Pulih Rumah sebanyak RM7 juta
  3. Bantuan Membina Semula Rumah sebanyak RM3.5 juta
  4. Bantuan Moratorium Kenderaan sebanyak RM3 juta
  5. Bantuan Baik Pulih Kenderaan sebanyak RM3 juta
  6. Bantuan Perubatan Secara Klinik Bergerak sebanyak RM3 juta
  7. Bantuan Tunai (One-Off) Kepada Mangsa Banjir sebanyak RM2 juta
  8. Bantuan Baik Pulih Masjid/Surau sebanyak RM1 juta
  9. Bantuan Baik Pulih Maahad Tahfiz, SRA dan Tadika sebanyak RM1 juta
  10. Bantuan Peralatan Persekolahan dan IPT sebanyak RM1 juta
  11. Peyelenggaraan Pendawaian Elektrik sebanyak RM500,000

JENIS BARANGAN YANG DISALURKAN UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP

  • Barangan  kebersihan diri,
  • Ubat-ubatan
  • Keperluan mencuci rumah
  • Peralatan elektrik
  • Keperluan asas lain seperti bantal, selimut, tuala wanita, pelitup muka, telekung dan  sebagainya
  • Bantuan kewangan  

Dikesempatan ini juga, MAIWP ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan  ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri -Negeri  yang tampil bersama-sama MAIWP dalam membantu mangsa banjir di Wilayah  Persekutuan.

Semangat Keluarga Malaysia yang dipamerkan ini jelas menunjukkan  kebersamaan semua Agensi Islam di seluruh Malaysia.

CARA PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN

Berikut adalah contoh info pengiraan zakat wang simpanan di dalam akaun:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Contoh Klinik Bergerak MAIWP yang akan digunakan untuk menyantuni golongan asnaf dan masyarakat yang kurang kemampuan untuk mendapatkan rawatan kesihatan pesakit luar dan ubatan secara percuma.

Sumber: Baitumal MAIWP

Baca juga: BKM 2022: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements