Advertisements

Maklum Polis Jika Balik Kampung, Polis Akan Lakukan Rondaan

Advertisements

Memandangkan cuti hari raya Aidilfitri kali ini jatuh pada hari Selasa dan Rabu, pasti ramai orang akan mengambil cuti tambahan dua hari bagi melengkapkan cuti seminggu.

Oleh itu, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti pecah rumah, warga kota yang ingin pulang ke kampung dinasihatkan untuk memaklumkan ketiadaaan mereka di balai polis berdekatan.

Baca juga: Cara Mudah Tukar Duit Raya Melalui ATM Tanpa Perlu Ke Kaunter

Orang ramai boleh berbuat demikian dengan mengisi borang balik kampung bagi memudahkan polis melakukan perancangan untuk rondaan di sekitar kediaman dan premis perniagaan mereka.

Selepas anda memaklumkan kepada polis, anggota peronda akan meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan kediaman bagi memantau sebarang aktiviti mencurigakan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata hanya 10 peratus pegawai dan anggota Polis Selangor dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri kali ini manakala selebihnya perlu bertugas seperti biasa.

Sumber: Sinar Harian

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.