Advertisements

Malaysia Airlines Tawar Diskaun Tambang Bagi Pelajar Di Musim Perayaan

Advertisements

Semperna Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 35 peratus kepada pelajar yang layak untuk pulang ke kampung halaman melalui program perjalanan MHexplorer.

Menurut syarikat penerbangan itu, promosi tersebut sah bagi perjalanan sehingga 30 Jun 2022.

Baca juga : MyRail5 KTMB: Pas Perjalanan Bulanan RM5 Tanpa Had OKU & Pelajar Sekolah

Tempoh Promosi Penerbangan

Promosi tersebut sah bagi perjalanan sehingga 30 Jun 2022.

Syarat-syarat Tawaran Promosi

Untuk menikmati tawaran diskaun penerbangan masa terhad ini anda hendaklah :

  • Seorang pelajar
  • Berumur antara 18 dan 26 tahun
  • Mendaftar sebagai ahli MHexplorer

Manfaat Daftar Ahli MHexplorer

Melalui MHexplorer pelajar tersebut akan menikmati pelbagai manfaat perjalanan bagi tempoh sepanjang tahun antaranya :

  • Menikmati tambahan diskaun lima peratus secara serta-merta daripada diskaun sedia ada (sehingga 30 peratus) bagi tambang penerbangan untuk perjalanan
  • Ditawarkan termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly
  • Elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram (kg)
  • Satu perubahan tarikh perjalanan secara percuma
  • Diskaun 20 peratus bagi kargo udara Firefly
  • Diskaun “keluarga dan rakan-rakan”.

Sementara itu, cabang operasi pelancongan syarikat penerbangan itu mengatakan bahawa MHholidays juga turut menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk penerbangan dan pakej hotel.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Harga Diskaun Pakej Penginapan

Pakej bagi diskuan penginapan bermula daripada RM359 untuk tiga hari dua malam bagi destinasi domestik.

Tempoh Tawaran Diskaun Penginapan

Tawaran diakaun penginapan ini boleh di tempah mulai 26 April hingga 10 Mei 2022.

Kelebihan MHholidays

Pelanggan MHholidays antaranya boleh menikmati nilai hebat seperti :

  • Elaun bagasi sebanyak 35 kg
  • Makanan percuma dalam pesawat
  • Pilihan tempat duduk percuma

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiaairlines.com

Baca juga :Cara Mohon Bantuan i-Fitri & Dana Hari Raya B40 & M40

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements