Advertisements

Manfaat Air Batu Untuk Wajah, Kulit Anti Kedut!

Advertisements

Sebenarnya meletakkan ais batu ke wajah selepas berpanasan di luar sangatlah melegakan kulit wajah kita. Selain melegakan dan menenangkan, ais batu juga mempunyai banyak manfaat baik yang kita perlu tahu!

Selain menggunakan produk kulit perapi wajah, meletakkan ais batu disekitar wajah dan leher setiap hari mampu menegangkan kulit wajah kita.

Jom kita kupas satu persatu kebaikan menggunakan ais batu di wajah menerusi hellodoktor!

Sapuan ais pada bahagian tubuh untuk tujuan kesihatan dikenali sebagai terapi sejuk atau cryotherapy. Ia digunakan secara rutin untuk merawat kecederaan lebam. Tujuannya adalah:

  • Meredakan kesakitan dengan mengurangkan aktiviti saraf untuk sementara
  • Mengurangkan bengkak dengan menurunkan aliran darah
  • Mempercepatkan fungsi pemulihan dengan menggalakkan penyembuhan tisu lembut

Rawatan ais muka atau skin icing hanya disokong oleh bukti anekdot. Setakat ini tiada lagi penyelidikan klinikal yang menyokong penggunaan ais sebagai rawatan muka yang berkesan.

Umumnya, rawatan ais di wajah ini popular kerana ia mudah untuk dijelaskan, termasuklah:

  • Ia murah
  • Mudah dilakukan
  • Terdapat bukti anekdot
  • Mendapat liputan meluas di internet
  • Ia semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia
  • Dijadikan sebagai amalan logik dan masuk akal

Cara menggunakan ais sebagai rawatan kecantikan wajah

Untuk mencuba rawatan ini, anda perlu membalut beberapa ketul, 4-5 kiub ais dalam kain kapas lembut dan sapukan pada wajah dengan gerakan membulat selama 1-2 minit.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Urutan ini boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari pada bahagian:

Manfaat sapuan ais batu ke muka

Air bersih sangat bermanfaat untuk kesihatan, terutamanya kulit. Ia membuang semua toksin daripada tubuh, ini termasuklah melalui penggunaan air batu.

Berikut adalah faedahnya untuk kulit wajah anda:

1. Menyembuh & mencegah jerawat

Sifat ais adalah antiradang yang membantu mengurang dan menyembuhkan jerawat. Ia menenangkan kulit, mengecilkan pori, dan mengurangkan pengeluaran sebum pada wajah – punca utama munculnya jerawat.

2. Ais batu menjadikan kulit lebih bersinar

Anda tidak perlukan produk yang mahal jika mahu kulit bersinar. Hanya sapukan ais pada muka untuk meningkatkan peredaran darah ke kulit dan menjadikannya cerah.

Selain itu, penggunaan ais juga dapat meningkatkan tahap oksigen dalam kulit dan membekalkan nutrien penting – vitamin.

3. Menyingkirkan lingkaran hitam untuk kecantikan wajah

Ais adalah ubat terbaik untuk masalah lingkaran hitam bawah mata.

Anda boleh merebus air mawar bersama jus timun dan bekukan campuran ini. Kemudian sapukan ais tersebut pada bahagian mata.

Mengoles air batu di wajah dapat melancarkan peredaran darah dan mengecilkan lubang pori. Kalau belum cuba, anda boleh cuba dan nikmati hasilnya okay?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.