Advertisements

Mangsa Banjir Boleh Buat IC, Lesen, Pasport Percuma

Advertisements

Banjir yang melanda di beberapa lokasi di seluruh negara mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk dokumen pengenalan diri dan peribadi penting.

Namun bagi mangsa banjir yang kehilangan dokumen peribadi di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN)  dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak perlu gusar kerana boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara percuma.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Dewan Negara. Katanya, agensi di bawah KDN iaitu Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa dalam proses menggantikan dokumen mereka musnah atau hilang bagi meringankan beban.

Antara dokumen terbabit adalah seperti berikut:
• Kad pengenalan
• Sijil kelahiran
• Sijil kematian
• Pasport

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan turut membantu mangsa banjir dari segi penggantian dokumen berkaitan JPJ.

Mangsa banjir diberi pengecualian bayaran untuk mengganti dokumen yang rosak atau hilang seperti:

• Lesen memandu
• Lesen kenderaan motor
• Sijil pemilikan kenderaan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong dalam kenyataannya meminta mereka yang terbabit perlu mengemukakan laporan polis semasa proses penggantian dokumen berkenaan.

Diharapkan kelonggaran-kelonggaran ini dapat membantu mangsa banjir untuk kembali menikmati kehidupan normal selepas ini.

Baca juga: 5 Tip Buat Tuntutan Insurans Kenderaan Selepas Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.