Advertisements

Maybank Tawar Bantuan Banjir Kepada Pelanggan Yang Terjejas

Advertisements

Akibat banjir besar susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, Kumpulan Maybank telah menawarkan Bantuan Banjir kepada pelanggan individu, PKS dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas akibat banjir, yang turut menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan kesulitan lalu lintas.

Baca juga: Setiap Ketua Isi Rumah Yang Terjejas Banjir Akan Diberi Bantuan RM1000

Dengan ini pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir melalui 2 saluran mudah iaitu:

  1. E-mel kepada [email protected] (mailto:[email protected]) dengan memberikan nama/nama syarikat, nombor IC/Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon, jenis pinjaman/produk (cth. Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Berjangka); Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli)
  2. Kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto (yang mana berkaitan) di seluruh negara.

Semua permohonan akan dinilai berdasarkan maklumat kes yang tertentu.

Selain itu, Maybank juga menawarkan pengecualian caj lewat untuk kad kredit serta pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

Sementara itu, cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa, telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful, tanpa keperluan borang atau dokumen sokongan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pemegang polisi atau pemegang sijil masing-masing boleh mengemukakan tuntutan seperti dibawah:

Tuntutan untuk jumlah kurang daripada RM20,000 akan diluluskan serta-merta.

Selain tuntutan, Etiqa juga turut membantu mangsa banjir dengan mengagihkan paket bantuan ke kawasan terjejas.

Fokus utama Kumpulan Maybank pada masa ini adalah untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di masa yang sama ingin menjaga kesejahteraan mereka.

Bantuan Banjir direka untuk menyokong pelanggan Maybank demi melindungi keselamatan keluarga mereka dan memberi tumpuan untuk membina semula kehidupan mereka selepas banjir.

Sebagai tambahan kepada Bantuan Banjir, Maybank terus menyediakan program Bantuan Pembayaran Balik pandemik COVID-19 yang masih dijalankan.

Selain menyediakan bantuan kepada pelanggannya, Maybank juga turut menghulurkan bantuan kewangan, perkhidmatan pembersihan rumah dan menyediakan pek permulaan kecemasan di kawasan banjir yang termasuk bekalan makanan dan bukan makanan untuk membantu meringankan kesulitan yang dialami oleh kakitangan Maybank dan ahli keluarga mereka.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Farid Alias telah memberikan cuti bergaji pada 20 Disember untuk pekerja yang terjejas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan lain yang terjejas akibat banjir.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Banjir Maybank, sila layari www.maybank2u.com.my.

Pelanggan juga boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 untuk bantuan lanjut.

Sumber: Dagang.News

Baca juga: KWSP Peruntukkan RM10 juta Untuk Bantuan Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.