Advertisements

Maybank2U Versi Klasik Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada Januari 2022

Advertisements

Makluman terkini bagi pengguna akaun bank Maybank, bermula hari ini anda akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) pengumuman penutupan servis laman perbankan Maybank2U versi klasik.

Pengumuman tersebut mengatakan pihaknya akan menamatkan sepenuhnya laman tersebut bermula Januari 2022 ini.

Untuk makluman semua, Maybank sebelum ini telah memperkenalkan laman Maybank2U versi baharu yang hadir dengan antara muka lebih moden, serta beberapa ciri-ciri menarik baharu sejak 2018 yang lalu.

Terdapat pelbagai ciri interaktif sedia ditawarkan menerusi laman Maybank2U baharu berkenaan.

Jadi, bagi pelanggan yang masih setia menggunakan laman Maybank2U versi klasik sehingga ke hari ini perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh diakses lagi selepas tarikh berkenaan.

Menurut Maybank, perubahan ini hanya akan memberikan impak kepada segelintir kecil pengguna sahaja.

Pun begitu, usah risau, pengguna Maybank2U versi klasik masih boleh kekal menggunakan nama pengguna dan kata laluan sama dalam log masuk ke Maybank2U.

Bagi anda yang masih menggunakan Maybank2U versi klasik, jangan terkejut dengan perubahan ini apabila berlaku pada akaun korang menjelang awal tahun 2022 kelak.

Sebagai langkah persiapan untuk menyesuaikan diri dengan laman Maybank2U yang serba baharu buat pengguna Maybank versi klasik, pihak Maybank turut menyediakan sejumlah video tutorial asas bagaimana laman baharu beroperasi dan ciri-ciri yang tersedia menerusi saluran rasmi YouTube Maybank.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sumber: Sinarplus

Baca juga: Aplikasi MyPay: Perkhidmatan Agensi Kerajaan Dalam Satu Platform

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.