Advertisements

Cara Untuk Memohon Sijil Halal JAKIM

Advertisements

Sebagai seorang Muslim, logo halal pada sesuatu produk makanan, komestik, perubatan dan sebagainya adalah sangat penting bagi memastikan produk itu bersih dan selamat digunakan tanpa was-was.

Dengan mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, ini membuktikan bahawa produk yang hasilkan adalah halal mengikut syarak’.

Disini kam ingin mengongsikan kepada anda cara untuk memohon Sijil Halal Jakim.

Untuk memohon sijil halal ini tidaklah rumit malah sangat mudah cara pemprosesannya. Ini antara senarai ketegori yang layak dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal.

Baca juga: Cara Rawat Batu Karang Secara Semulajadi

Pemohon Yang Layak Memohon:

  1. Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer).
  2. Pengedar/penjual (distributor/ trader).
  3. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer).
  4. Pembungkusan semula (repacking).
  5. Premis makanan (food premise).
  6. Rumah sembelih (abattoir/slaughter house).

Permohonan Akan Ditolak Dan Tidak Layak:

  1. Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal.
  2. Produk yang tidak halal.
  3. Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan.
  4. Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  5. Pewarna rambut (hair color / hair dye).
  6. Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara.
  7. Baja dan makanan binatang.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengisi Borang Sebagai Pemohon:

Pemohon perlulah mengisi borang yang bersesuaian : 

  1. Produk / Barangan Gunaan
  2. Premis Makanan
  3. Rumah Sembelih

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Profil syarikat.
  2. Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan.
  3. Bahan ramuan yang digunakan.
  4. Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan.
  5. Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan).
  6. Jenis bahan pembungkusan.
  7. Proses dan prosedur pengeluaran.
  8. Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada).
  9. Peta lokasi premis / kilang.
  10. Pemohon hendaklah menyediakan fail khas “Sijil Pengesahan Halal” untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.

Kadar Caj Pembayaran:

Jadual 1 : Yuran Industri Bagi Tempoh 2 Tahun

Industri KecilIndustri Kecil & SederhanaIndustri Multi Nasianal
RM 200RM 800RM 1,400

Jadual 2 : Ciri-Ciri Industri

IndustriCiri-Ciri
Industri KecilNilai jualan tahunan kurang dari RM 500,00. 00
Pekerja kurang dari 50 orang.
Industri Kecil &SederhanaNilai jualan tahunan RM 500,000 hingga RM 25 juta.
Industri Multi NasionalNilai jualan tahunan melebihi RM 25 juta.
Secara global & mempunyai rangkaian di beberapa buah negara.
Pekerja melebihi 150 orang.

Jadual 3 : Kadar Yuran Rumah Sembelih Mengikut Saiz Premis Bagi Tempoh 2 Tahun

Premis KecilPremis SederhanaPremis Besar
RM 200RM 800RM 1,400

Jadual 4 : Saiz Premis Rumah Sembelih

Bilangan Sembelihan Sehari Mengikut Jenis Haiwan
Saiz PremisAyam (dan atau sejenisnya)Kambing (dan atau sejenisnya)Lembu (dan atau sejenisnya)
Kecil< 2000< 500< 50
Sederhana2000- 3000500 -70050- 100
Besar>3000> 700> 100

Jadual 5 : Kadar Yuran Premis Makanan/Restoran Dapur Hotel/Penyajian Makanan Bagi Tempoh 2 tahun.

Premis Makanan / Restoran / Dapur Hotel / Penyajian MakananRM 200 bagi setiap unit/cawangan

Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan Halal boleh layari di laman web www.halal.gov.my

Anda juga boleh Muat Turun Borang Permohonan Sijil Halal Premis Makanan disni.

Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Baca juga: Cara Untuk Daftar Perniagaan Di Shopee

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.