Advertisements

Modenas Lancar Kempen Servis Prihatin Untuk Mangsa Banjir

Advertisements

Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) telah mengumumkan pelancaran Kempen Servis Prihatin Modenas kepada pemilik motosikal jenama Modenas yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir baru-baru.

Menerusi kempen prihatin tersebut, Modenas menawarkan perkhidmatan servis pemeriksaan secara percuma.

Tawaran perkhidmatan itu termasuklah penukaran alat ganti serta baik pulih motosikal yang mengalami kerosakan itu agar kembali berfungsi seperti sediakala.

Baca juga: Perodua Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Akibat Banjir

Antara Servis Prihatin yang di lancarkan oleh syarikat Modenas adalah:

  • Pemeriksaan motorsikal secara percuma.
  • Upah percuma bagi motor yang tidak perlu dibaik pulih.
  • Diskaun alat ganti sehingga 25 %.
  • Diskaun sehingga 70 % untuk upah kerja overhaul.
  • Cucian motorsikal secara percuma.

Kempen Servis Prihatin ini akan dilancarkan selama 10 hari iaitu bermula pada 22 Disember hingga 31 Disember 2021 di Pusat Servis Modenas terpilih seperti berikut:

PUSAT SERVIS MODENAS CAWANGAN SHAH ALAM, SELANGOR
  • Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay,Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor
  • Nombor Telefon: 04-466 8160
  • Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Ketua Cawangan: En. Ku Mohamad Rahisham
PUSAT SERVIS MODENAS CAWANGAN KUANTAN, PAHANG
  • Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8, Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang
  • Nombor Telefon: 09-5123380
  • Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Ketua Cawangan: En. Mohd Saiful Nizam Ariff
MAKLUMAT LANJUT

Pemilik motosikal yang terjejas, boleh menghubungi talian Careline Modenas di 1-800-880-181 atau WhatsApp di 019-570 8135 atau menghubungi mana-mana Pusat Servis Modenas berdekatan yang sah.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Proton Tawar Diskaun 20 % Alat Ganti Dan Upah Untuk Mangsa Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements