Advertisements

Moratorium Selama 6 Ke 12 Bulan Untuk Mangsa Banjir

Advertisements

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat beberapa sektor perbankan dan agensi kerajaan telah melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi tujuan meringankan beban rakyat dan perniagaan terutamanya daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan akibat bencana banjir yang telah melanda negara kita baru-baru ini.

Bantuan ini termasuklah bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan. 

Antara kemudahan yang dilaksanakan adalah pengurangan atau penangguhan bayaran balik ansuran seperti yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan memperuntukan RM100 juta bagi pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000.

Baca juga: Kerajaan Selangor Umum Bantuan Wang Ihsan RM10,000 Kepada Mangsa Banjir

Selama enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan akan di beri penangguhan pembayaran (moratorium) kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara kata beliau.

Ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana yang berlaku.

Selain daripada itu, TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana yang berjumlah RM30 juta adalah untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan. 

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Perdana Menteri berkata, bahawa tiada kadar faedah pinjaman yang akan dikenakan bagi setiap pinjaman sehingga RM10,000 dan moratorium bayaran balik diberikan selama 12 bulan.

Katanya lagi, Bank Negara Malaysia (BNM) turut mengumumkan penyediaan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta untuk PMKS yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF 2022) disediakan.  

Justeru itu, kesemua inisiatif ini adalah lanjutan daripada bantuan kerajaan yang diumumkan sebelum ini.

Ini termasuklah Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah dalam membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir. 

Sumber: Berita Harian

Baca juga:Kerajaan Lancarkan Tabung Bantuan Keluarga Malaysia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.