Advertisements

MOSTI Lancar e-Beca, Tak Perlu Kayuh Seperti Beca Biasa

Advertisements

MOSTI lancar e-Beca, tak perlu kayuh seperti basikal biasa. Ianya juga dilengkapi aksesori moden, sebagai transformasi pengangkutan ikonik itu bagi merancakkan industri beca di Terengganu.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata transformasi yang pertama kali dilancarkan dalam negara itu, akan memudahkan pengayuh beca khususnya yang sudah berusia.

Penganyuh e-Beca tidak perlu dikayuh seperti beca biasa dan turut dilengkapi paparan skrin LED, sistem audio serta kuasa bateri menggunakan sistem pengecasan solar.

Baca juga: Yayasan Terengganu- Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

Idea e-Beca dicetuskan menerusi inisiatif di bawah Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Inovasi Inklusif, yang mana SME Corp merupakan pembiaya program utama dan MOSTI menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bertindak sebagai agensi pelaksana.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) muncul juara dalam pertandingan ini dan memenangi Geran HIP 6 yang berjumlah RM90,000 meliputi aspek pembangunan model, pengkajian model, pengujian model dan pembangunan model kebolehpasaran pembangunan industri beca di Kuala Terengganu.

Buat permulaan seramai tiga pengayuh beca bertuah telah dipilih sebagai perintis menggunakan e-Beca di Terengganu, manakala hampir 20 pengayuh lain dijangka menggunakan inovasi sama dalam masa terdekat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Memandangkan rata-rata pengayuh kini berumur 65 hingga 70 tahun, inovasi terhadap beca ini pasti dapat meneruskan lagi industri beca pada masa akan datang kerana ianya dilihat mampu menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang perkhidmatan beca.

Walaupun, harga e-Beca ini adalah kira-kira RM15,000 kerana berteknologi tinggi, ianya mampu memendekkan tempoh masa perjalanan, mesra pengguna, bercirikan norma baharu dan mesra alam.

Baca juga: Permohonan Skim Pertama Sejahtera 2022 Anak Kelahiran Terengganu

Selain itu dengan adanya inovasi ini, pendapatan pengayuh beca dapat ditambah baik dengan peningkatan jumlah pelancong dan bilangan kayuhan (rides) yang akan meningkatkan pendapatan pengayuh beca.

Mengenai tambang, beliau berkata setakat ini belum ada ketetapan dibuat dan menekankan bahawa ciri-ciri beca seperti tambang berpatutan dan mesra pengunjung akan dikekalkan.

Beliau berkata inovasi berkenaan bakal diperluas, selain berharap usaha itu akan mendapat sambutan menggalakkan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.