Advertisements

MPKS Tawar Diskaun Kompaun Pelbagai Kesalahan Sebanyak 50 Peratus

Advertisements

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menawarkan pengurangan sebanyak 50 peratus bayaran kompaun pelbagai bagi semua kesalahan kepada orang awam yang telah dikenakan kompaun daripada pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Kempen ini adalah bertujuan memberi ruang kepada orang awam untuk menjelaskan kompaun.

Oleh itu, orang ramai digesa untuk mengambil peluang untuk membayar kompaun kesalahan bermula awal Jun 2022 nanti.

Baca juga : Subsidi KAFA-i: Bantuan Yuran KAFA Untuk B40

Tempoh Kempen

Kempen tawaran potongan harga sebanyak 50 peratus bagi semua kesalahan akan bermula pada 1 Jun hingga 30 Jun 2022

Kaedah Pembayaran

Berikut adalah kaedah-kaedah pembayaran yang boleh anda buat :

Secara Talian

  1. IP3KS
  2. Aplikasi Cepat (CITIZEN e-PAYMENT)
  3. Aplikasi PBTPay

Menerusi Kaunter-kaunter MPKS

  1. Anda boleh membuat pembayaran secara terus di kaunter MPKS pada setiap :
    • Hari : Isnin hingga Jumaat
    • Jam : 8.30 pagi hingga 4 petang
    • Tempat : Ibupejabat MPKS dan Kaunter Pandu Lalu MPKS.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Perundangan MPKS di talian 03-32897385 samb. 30 .

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga : Guru KAFA Bersalin Dapat Elaun RM1,000

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.