Advertisements

MPS Beli Minyak Masak Terpakai Dengan Harga RM1.50 Sekilogram

Advertisements

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membeli minyak masak terpakai daripada peniaga dan orang ramai dengan kadar RM1.50 bagi setiap kilogram (kg).

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, Program Kitar Semula Minyak Masak di bazar Ramadan itu merupakan inisiatif pelestarian alam sekitar.

Program tersebut dilaksanakan sepanjang Ramadan di bazar terpilih melalui pembukaan reruai kitar semula MPS.

MPS beli minyak masak terpakai RM1.50 sekilogram

Baca juga: 28 Initiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022

Selain peniaga, orang ramai juga boleh menjual minyak masa terpakai dengan membawanya di reruai yang dibuka bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

Antara lokasi bazar terpilih adalah:

  • Bazar Ramadan Greenwood pada (17 April)
  • Bazar Ramadan Taman Sunway Batu Caves (19 April)
  • Bazar Ramadan Tun Teja Rawang (20 April)
  • Bazar Ramadan Kampung Melayu Sungai Buloh (21 April)
  • Bazar Ramadan Taman Samudera (25 April)
  • Bazar Ramadan Putri Central Park (26 April)

Dengan pembukaan reruai di bazar Ramadhan terpilih ini MPS berharap dapat mencapai sasaran 250kg jumlah kutipan minyak masak terpakai sepanjang tempoh kempen yang berakhir pada 26 April.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements