Advertisements

Permohonan Bantuan Musaadah Khaira Siswa PPZ MAIWP

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mewujudkan satu inisiatif bagi membantu mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara iaitu melalui Musaadah Khaira Siswa PPZ.

Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu para mahasiswa yang menghadapi kesulitan susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal berikutan peningkatan semula kes penularan wabak COVID-19.

PPZ-MAIWP menjelaskan penangguhan pendaftaran mahasiwa di IPT secara tidak langsung telah memberi kesan kepada para mahasiswa yang telah hadir mendaftar dan merancang perjalanan terlebih awal.

Oleh itu, Musaadah Khaira Siswa PPZ merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan dana permulaan yang disediakan adalah berjumlah RM100,000 yang terbuka kepada mahasiswa IPT.

Mahasiswa yang layak menerima Musaadah Khaira Siswa PPZ akan menerima bantuan sebanyak RM200 dan ianya bergantung kepada keperluan semasa berdasarkan dokumen sokongan yang disertakan.

Sumbangan kewangan yang akan diberikan adalah untuk menampung keperluan semasa seperti pengangkutan, penginapan, dan lain-lain lagi.

Untuk makluman, mahasiswa sepenuh masa tidak layak memohon BPN 2.0.

Syarat Kelayakan

Mahasiswa yang ingin memohon Musaadah Khaira Siswa PPZ perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pelajar yang sedang belajar di IPT dan terkandas akibat penangguhan sesi pengajian.

Cara Membuat Permohonan

Mahasiswa yang berminat untuk memohon boleh melakukannya menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi iaitu http://musaadahsiswa.zakat.com.my/.
  2. Klik pada Borang Permohonan.
  3. Isi dengan lengkap maklumat-maklumat berikut:
    – Maklumat Peribadi
    – Institusi Pengajian
    – Alamat Hubungan
    – Maklumat Bank
    – Maklumat Lain
  4. Klik butang ‘Setuju.’
  5. Muat naik semua dokumen sokongan.
  6. Semak semua maklumat dan klik hantar

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan ialah:

  1. Dokumen lapor diri.
  2. Kad pelajar
  3. Dokumen sokongan-bil penginapan/tiket penerbangan/tiket bas/resit ehailing.

Semakan Status Musaadah Khaira Siswa PPZ

Semakan status permohonan boleh dibuat mulai 10 Oktober.

Tiada sebarang permohonan rayuan dibuka buat masa ini.

Semakan status boleh dibuat di sini.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh permbayaran akan dibuat?

Permohonan yang diterima akan diproses setelah permohonan ditutup dan pembayaran permohonan yang lulus akan dilakukan dalam masa 7 hari sahaja.

Bagaimanakah kaedah pembayaran dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan kepada akaun mahasiswa yang layak.

Saya tersilap memasukkan maklumat dalam permohonan. Adakah saya boleh mengemaskini maklumat semula?

Tidak boleh. Maklumat yang telah dihantar tidak boleh dikemas kini.

Bagaimanakah jika bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah?

Permohonan dikategorikan sebagai gagal atau tidak lulus.

Bila dan bagaimanakah semakan status penerimaan boleh dibuat?

Semakan boleh dibuat bermula 10 Oktober 2020 secara berperingkat.

Bolehkah saya membuat rayuan jika permohonan saya gagal?

Tiada permohonan rayuan boleh dibuat jika gagal.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang info atau pertanyaan lanjut berkaitan Musaadah Khaira Siswa PPZ boleh dilajukan melalui email [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.