Advertisements

MyLesen GDL 2.0: Subsidi Lesen Memandu E Full & GDL

Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang mempunyai kelas D (tempoh memegang lesen sekurang-kurangnya satu tahun) atau kelas E Competent Driving License (CDL) dan tiada dalam senarai hitam mahkamah, anda dialukan-alukan untuk memohon menawarkan subsidi bagi lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi iaitu MyLesen GDL 2.0.

Pelaksanaan MyLesen GDL 2.0 ini adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik.

Program ini menawarkan peluang pekerjaan terutama kepada rakyat yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19 dan secara holistik kepada industri yang terlibat.

Bagi pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian dan program ini terhad kepada 700 kouta sahaja (terhad kepada permohonan awal).

Sasaran Program

Sararan program ini adalah kepada golongan berikut:

  • Individu yang sedang mencari kerja khususnya kepada individu yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
  • Syarikat-syarikat logistik/pengangkutan besar atau kecil yang memerlukan pekerja (pemandu kenderaan perdagangan/pemandu lori).
  • Penempatan pekerjaan adalah bergantung kepada tawaran pekerjaan oleh industri.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon program ini adalah seperti berikut:

i) Permohonan Individu

  1. Calon mestilah merupakan warganegara Malaysia sahaja.
  2. Memiliki kelas D atau E Lesen Memandu Kompeten (CDL).
  3. Calon tiada dalam senarai hitam sama ada oleh pihak mahkamah, JPJ, atau PDRM.
  4. Calon mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  5. Penyertaan calon adalah tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.

ii) Permohonan oleh Syarikat Logistik/Pengangkutan

  1. Syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Penyertaan syarikat adalah tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.

Terma & Syarat

Terma dan syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i) Individu

  1. Peserta perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej ini.
  2. Peserta akan ditemuduga oleh syarikat logistik/ pengangkutan dan ditawarkan pekerjaan/penempatan di syarikat terlebih dahulu sebelum memulakan latihan di Institut Memandu (IM) yang terpilih.  
  3. Pengambilan peserta di bawah program ini sebagai pekerja (pemandu kenderaan perdagangan) syarikat adalah tertakluk kepada apa-apa syarat dan syarat tambahan yang ditentukan oleh pihak syarikat logistik/pengangkutan dari semasa ke semasa.
  4. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen E Full & GDL Bersendi. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
  5. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  6. Peserta akan diberikan elaun RM500 secara one-off (pembayaran untuk sekali) ketika tempoh latihan dijalankan.
  7. Peserta perlu mengikuti kursus, latihan, amali dan lesen E Full & GDL Bersendi mengikut SOP yang ditetapkan.
  8. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  9. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  10. Peserta diwajibkan untuk menandatangani borang Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

ii) Syarikat

  1. Syarikat yang berminat perlu mencari calon yang bersesuaian (syarikat boleh memilih sendiri calon atau mendapatkan senarai calon daripada Penyelaras Program-Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan mengatur sesi temuduga bagi pemilihan peserta yang berkelayakan.
  2. Syarikat perlu mengemukakan senarai calon peserta yang layak kepada JPJ untuk disenaraikan sebagai peserta program.
  3. Syarikat perlu membuat penawaran pekerjaan dan penempatan peserta di syarikat-syarikat terlebih dahulu sebelum memulakan latihan di lnstitut Memandu (IM).
  4. Peserta yang berjaya akan ditaja yuran melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen E Full & GDL Bersendi untuk menyertai program ini. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
  5. Majikan bertanggungjawab untuk memastikan peserta lulus semua latihan dan ujian yang diambil. Jika peserta gagal, kos latihan dan ujian ulangan untuk kali ketiga dan seterusnya akan ditanggung oleh majikan.
  6. Elaun akan diberikan kepada peserta program secara one-off  ketika tempoh latihan dijalankan.
  7. Syarikat boleh mengenakan apa-apa syarat dan syarat tambahan kepada peserta tertakluk kepada polisi syarikat.
  8. Syarikat adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari masa ke semasa.
  9. Syarikat diwajibkan untuk menandatangani borang Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Cara Memohon

Cara untuk memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan https://forms.gle/hTvePaM6bTesTxdE8 untuk permohonan individu dan https://forms.gle/S6ryiJcaXaiFsJLz7 untuk permohonan daripada syarikat.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai MyLesen GDL 2.0, sila hantar email kepada [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: