Advertisements

mySalam: Pendaftaran & Proses Tuntutan Duit RM8,000

Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup, anda layak menuntut wang sehingga RM8,000 melalui program mySalam Skim Perlindungan B40.

Skim ini merupakan satu lagi bantuan kerajaan bagi menyediakan perlindungan takaful secara PERCUMA kepada 3.69 juta penerima BSH yang berumur 18 – 55 tahun beserta pasangan mereka.

Terkini di bawah insentif Belanjawan 2020, skim mySalam diperluas kepada perlindungan ke atas 45 penyakit kritikal, individu yang berumur sehingga 65 tahun berbanding dengan 55 tahun dan individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000.

Kini walaupun anda bukan penerima BSH, anda masih layak mendaftar ke program tersebut.

M40 layak menerima RM4,000 bagi tuntutan 45 jenis penyakit kritikal.

Di bawah skim ini, penerima akan mendapat manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital.

Dan sekiranya penerima disahkan mengidap 36 jenis penyakit kritikal, pembayaran RM8,000 (secara one-off) akan dibuat sekaligus ke akaun penerima.

Skim ini telah berkuatkuasa 1 Januari lalu yang dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patut syariah.

Proses tuntutan boleh dibuat bermula 1 Mac 2019 di portal rasmi mysalam.com.my

Tuntutan mySalam Skim Perlindungan B40

Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara membuat tuntutan mySalam 2019.

  1. Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
  2. Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
  3. Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
  4. Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
  6. Klik “Submit” untuk hantar tuntutan

Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.

Senarai 36 Penyakit Kritikal

Berikut senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah program mySalam.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Kelecuran Tahap Ketiga
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan pankreas berulang
  44. Elefantiasis
  45. Penyakit lembu gila

Dan untuk makluman skim ini hanya kepada penerima yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja.

Setakat ini skim mySalam tidak melindungi penerima yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta.

Untuk senarai hospital di bawah skim ini, anda boleh rujuk https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke [email protected]

Perbezaan mySalam vs PeKa B40

Ramai yang keliru apa beza skim mySalam berbanding PeKa B40?

Untuk makluman, mySalam untuk penerima BSH (termasuk bukan penerima) yang berumur 18 tahun sehingga 55 tahun sahaja dilindungi di bawah skim ini.

Bagi penerima BSH, anda secara automatik akan dilindungi tanpa perlukan pendaftaran.

Bagi bukan penerima BSH, anda perlu mendaftar di sini.

PeKa B40 pula untuk penerima BSH berumur 50 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk infografik ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.