Melalui Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada Oktober yang lepas, kerajaan telah pun bersetuju untuk meneruskan program MySTEP 2022 atau ‘Malaysia Short-term Employment Programme’
Inisiatif MySTEP 2022 ini bakal menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2022.
Peruntukan sebanyak RM1.1 bilion telahpun diluluskan melalui Bajet 2022 yang bakal menyasarkan 220,000 pelatih untuk menjalani pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran.
Berikut dikongsikan maklumat terkini dan info lebih lanjut tentang Program MySTEP yang dibentangkan dalam Bajet 2022 untuk makluman bersama.

Apakah MySTEP?
MySTEP atau ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ adalah program jangka masa pendek yang menyediakan latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.
Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLCs and rakan strategiknya
Baca juga: Cara Mohon Bantuan JKM 2022
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kerja kosong / personel MySTEP adalah seperti berikut:
Sektor Awam | GLCs dan Rakan Strategiknya |
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
18 tahun keatas | 18 tahun keatas |
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas | Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas |
Menganggur | Menganggur |
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
Sektor Awam | GLC / Rakan Strategiknya |
1 – 12 Bulan | 6 – 12 Bulan |
Kadar Upah / Bayaran
Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:
Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Sektor Awam Kadar (RM) | GLC / Rakan Strategik Kadar Minimum* (RM) |
Setaraf Ijazah Sarjana Muda | 2,000 | 2,000 |
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,800 | 1,800 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,600 | 1,600 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,400 | – |
*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.
Baca juga: eKasih 2021: Kemaskini Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon
Penempatan MySTEP
Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu, tempat atau jadual bertugas seperti pegawai awam.
Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.
Kemudahan Yang Disediakan
Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:
Jenis Kemudahan | Sektor Awam | GLC / Rakan Strategik |
Cuti Rehat | 12 hari setahun | Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing |
Cuti Sakit | 14 hari setahun | Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP dan PERKESO | Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan |
Cara Memohon MySTEP 2022
Permohonan boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:
- Khazanah
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund
Iklan jawatan kosong personel MySTEP juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.
Maklumat Lanjut
- Maklumat Perhubungan Untuk Sektor Awam
03 8882 8896
[email protected] - Maklumat Perhubungan Untuk GLCs
03 8882 3498
[email protected]