Niat Ganti Puasa: Panduan Qadha Puasa Ramadhan 2018

Tarikh puasa 2018 (1 Ramadhan 1439H) jatuh pada 17 Mei 2018. Bagi anda yang belum ganti puasa, berikut dikongsikan lafaz niat ganti puasa yang tertinggal tahun sebelumnya.

Sekadar perkongsian, cuti awal Ramadhan hanya disambut di negeri Kedah, Johor dan Melaka sahaja. Untuk maklumat lanjut sila rujuk senarai lengkap Tarikh Cuti Umum 2018.

Hukum menggantikan puasa Ramadhan adalah wajib. Tidak kiralah bagi yang membatalkan puasanya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.

Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Cara ganti puasa adalah sama kecuali niat sahaja yang berbeza.

Niat Ganti Puasa

Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut:

niat ganti puasa

Setiap orang Islam wajib mengganti puasa dan ganti puasa ini boleh dilakukan bila-bila sahaja kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

  • Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
  • Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  • Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  • Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
  • Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
  • Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban

Hari yang makruh berpuasa pula ialah:

  • Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  • Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Baca juga: Cara Mandi Wajib Yang Betul Untuk Lelaki & Perempuan

Golongan Yang Harus Berbuka Puasa

Puasa adalah hukum Islam ke-3 yang wajib ditunaikan oleh umat Islam di bulan Ramadhan. Namun Islam sebagai agama yang suci turut memberi kelonggaran kepada golongan tertentu yang tidak mampu berpuasa. Golongan tersebut ialah:

  • Orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa
  • Orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh
  • Orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
  • Orang yang tersangat lapar& dahaga hingga membahayakan dirinya
  • Orang tua yang tidak mampu berpuasa
  • Perempuan mengandung yang bimbang kesihatan dirinya atau kandungannya.
  • Perempuan yang menyusukan  anak untuk menjaga kesihatan diri atau anaknya.
  • Orang yang bekerja kuat & berat sepanjang hari

Walaubagaimana pun, sekiranya meninggalkan puasa anda wajib qadha’ semula puasa sebelum masuk Ramadhan berikutnya. Jika tidak anda perlu qadha’ dan bayar fidyah.

Untuk maklumat lanjut tentang hukum hakam puasa, sila rujuk Panduan Amalan di Bulan Ramadhan dari JAKIM.

  • 474
    Shares