Advertisements

OPR Naik 2.5% Untuk Kali Ketiga Tahun 2022 & Ini Kesannya

Advertisements

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50%.

Untuk makluman, kenaikan ini adalah kenaikan kali ketiga berturut-turut untuk tahun 2022 selepas pada bulan Mei dan Julai yang lalu.

Sebelum ini, kenaikan OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Faktor Kenaikan

Faktor kenaikan itu disebabkan meskipun ekonomi global terus berkembang pada kadar sederhana, akibat tekanan kos yang semakin meningkat, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta langkah pembendungan yang ketat di China.

Selain itu, tekanan inflasi juga kekal tinggi disebabkan oleh harga komoditi semakin meningkat dan pasaran pekerja yang ketat.

Ini mengakibatkan bank-bank pusat di seluruh dunia dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangkan tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukannya pada kadar yang lebih cepat.

Keadaan ini juga telah menyebabkan ketidaktentuan yang lebih ketara dalam pasaran kewangan, dan memberikan kesan terhadap mata wang pasaran utama dan pasaran sedang pesat membangun lain termasuk ringgit.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar Inflasi

BNM menyatakan sehingga kini kadar inflasi negara berada pada tahap 2.8%.

Inflasi keseluruhan diunjurkan mencapai tahap tertinggi pada suku ketiga 2022 sebelum menurun selepas tempoh tersebut.

Ini disebabkan oleh kesan asas yang semakin luput dan juga sejajar dengan harga komoditi global yang dijangka semakin menurun.

Namun, tekanan inflasi ini akan dapat dibendung dibendung oleh kawalan harga yang sedia ada, subsidi bahan api dan lebihan kapasiti yang masih wujud dalam ekonomi.

Kesan Kenaikkan

Kenaikkan OPR ini dijangka akan memberikan kesan berikut:

  • Kos pinjaman akan menjadi lebih tinggi menerusi kadar kenaikan faedah.
  • Peluang pembiayaan modal untuk individu dan perniagaan menjadi terhad.
  • Harga hartanah akan turut mengalami kesan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/09/997907/bnm-naikkan-opr-kali-ketiga-tahun-ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.