PAJSK: Login Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum atau PAJSK adalah penilaian yang dilakukan di sekolah untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan pada murid bagi serta penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.
PAJSK yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah pelengkap kepada sistem pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum.
Melalui pentaksiran ini, pihak sekolah akan dapat lebih mengetahui dengan lebih mendalam prestasi aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum murid semasa mereka berada di sekolah rendah atau menengah.
Selain itu, pentaksiran ini dapat memberikan gambaran dan maklumat ibu bapa mengenai prestasi anak-anak mereka di sekolah khususnya dalam aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum.
Objetif utama PAJSK diperkenalkan oleh KPM adalah:
- Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
- Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.
- Membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA).
- Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.
Komponen PASJK dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu:
- Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
- Kukurikulum yang merangkumi:
a) Kelab Persatuan
b) Unit Beruniform
c) Sukan/Permainan - Ekstra Kurikulum
SEGAK
SEGAK merupakan salah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.
Antara komponen yang diukur di dalam segak ialah:
- Daya Tahan Kardiovaskular (Naik Turun Bangku)
- Fleksibiliti (Jangkauan Melunjur)
- Daya Tahan Kekuatan Otot (Rengkuk Tubi Separa)
- Daya Tahan Kekuatan Otot (Tekan Tubi)
Selain itu, pelaksanaan Body Mass Index (BMI) turut dijalankan bagi merekodkan ketinggian dan berat badan individu.
Hasil daripada BMI yang akan dijalankan, guru akan mengetahui sama ada murid tersebut kurang berat badan, berat badan normal, atau terlebih berat badan.
Kokurikulum
Pentaksiran sukan dan kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum murid seperti yang ditetapkan oleh KPM.
Ini bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta jati diri seseorang murid.
Terdapat 3 komponen di dalam kokurikulum iaitu:
- Kelab Persatuan
- Unit Beruniform
- Sukan/Permainan
Terdapat 3 elemen yang akan dinilai dalam ketiga-tiga komponen tersebut iaitu:
- Penglibatan- merangkumi jawatan, peringkat, komitmen dan khidmat sumbangan.
- Penyertaan- merangkumi kehadiran.
- Prestasi- merangkumi pencapaian.
Ekstra Kurikulum
Ekstra kurikulum pula merujuk kepada penglibatan secara sukarela sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.
Penglibatan secara sukarela ini tidak hanya terhad di dalam negara bahkan juga di luar negara.
Cara Login Sistem PAJSK
Ke semua markah boleh dilihat melalui sistem PAJSK yang telah dimasukkan oleh para guru.
Langkah-langkah untuk login sistem PAJSK ialah:
- Layari https://pajsk.moe.gov.my/index.php
- Pilih bahagian sekolah yang dikehendaki sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah.
- Masukkan ID kod sekolah dan password.
- Password untuk login kali pertama ialah 123456.
Aduan Atau Pertanyaan
Sebarang aduan atau pertanyaan mengenai sistem PAJSK ini boleh dihantar melalui emel ke [email protected]