Advertisements

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC), Khusus Untuk Golongan B40

Advertisements

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) antara salah satu lagi komiten Kerajan dalam membantu membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 yang sangat terkesan daripada segi kewangan.

Sejak wabak COVID-19 melanda, kerajan telah memperkenalkan pelbagai bantuan antaranya Bantuan Prihatin Rakyar (BPR), Bantuan Khas Covid (BKC) dan bermacam lagi.

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) diperkenalkan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.

Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR.

Baca juga: Permohonan Program JUMPER PUNB Sesi Februari 2022

Syarat Kelayakan

Kerajaan telah memperuntukkan RM471.6 juta kepada golongan B40 untuk program Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) ini.

Untuk permulaan, pemberian PPC ini akan diberikan kepada kalangan isi rumah B40 yang juga penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) yang sudah keluarga iaitu

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak;
  2. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

Baca juga: PeKa B40 – Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan B40

Jenis Bantuan Yang Diberikan

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) mengandungi senarai barang seperti di bawah ini:

  • Pek pelitup muka (4 keping setiap keluarga)
  • Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga)
  • Pulse oximeter
  • Termometer
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan

Tarikh Bantuan

Sebanyak 10,000 unit kotak PPC telah diedarkan bermula 29 November 2021.

Sumber: Prime Minister Official Website

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.