Advertisements

Pakej PerantiSiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT

Advertisements

Pakej PerantiSiswa 2022 merupakan satu initiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 untuk membantu 600 ribu pelajar-pelajar IPT yang kurang berkemampuan mendapatkan satu peranti tablet secara percuma bagi tujuan pembelajaran dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.

Initiatif terbabit akan diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan dalam menyelaraskan perlaksanaannya kelak.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat SKMM, perlaksanaannya akan dimulakan pada penggal pertama 2022 melibatkan semua mahasiswa golongan B40 daripada Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti termasuk juga Universiti Swasta di bawah KPT.

Proses perolehan bagi initiatif ini sedang dibuat oleh SKMM dan dijangka dapat disempurnakan menjelang Mei 2022 dan mula dilaksanakan pada Jun 2022.

Initiatif ini menunjukkan keprihatinan kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40.

Baca juga: Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Syarat Kelayakan

Mahasiswa atau pelajar IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pelajar IPT yang terlibat mestilah masih belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Tarikh Permohonan

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini dijangka akan bermula pada pertengahan April 2022 dan dilaksanakan pada bulan Jun 2022.

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini. Anda boleh berhubung dengan pihak IPT masing-masing.

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  • Maxis Berhad (Maxis),
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.