Advertisements

Panadol Ada Yang Palsu? Kenali Perbezaan Panadol Ori Dan Palsu

Advertisements

Apabila kita berasa demam, sakit kepala dan sengal badan pasti kebanyakan antara kita akan dapatkan ubat panadol. Ini kerana panadol adalah ubat yang senang didapati difarmasi malah dikedai serbaneka.

Namun begitu, tahukah anda disebabkan ianya mudah didapati dan kurangnya ilmu pengetahuan orang ramai tentang ubat-ubatan ini, wujudnya panadol palsu atau tiruan.

Ya! Sebelum ini hanya produk kegunaan fizikal sahaja wujudnya tiruan. Tetapi dek kerana rakusnya syarikat yang tidak bertanggungjawab ingin mengaut keuntungan mudah, ubat panadol juga dicipta secara tiruan dan palsu.

Mari kami kongsikan kepada bagaimana anda boleh bezakan panadol tiruan dan juga original.

1 – Cek nombor MAL

Jika produk tersebut adalah original, nombor MAL pada pembukusan produk adalah nombor pendaftaran oleh pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang berdaftar.

Anda boleh menyemak nombor MAL tersebut di laman web Agensi Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Di laman web Perkhidmatan farmasi Kerajaan, pihak berkuasa juga menyatakan bahawa nombor pendaftaran biasanya terdiri daripada lapan nombor dan berakhir dengan huruf T, A, X atau N.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Salah Ejaan

Produk tiruan selalunya akan menggunakan ejaan yang hampir serupa dengan ejaan jenama original. Seperti yang berlaku kepada jenama adidas, ditiru menjadi abibas, adibas dan bermacam lagi.

Untuk produk panadol ini, nama GlaxoSmithKline ditulis ClaxoSmithKline.

3. Kualiti Produk Dan Pembukusan

Kebiasaan produk tiruan tidak akan menghasilkan produk dan bungkusan yang sama seperti original. Ini kerana mereka ini menjimatkan kos.

Bagi panadol tiruan, boleh dilihat dengan ketara pembukusan dibuat tidak sempurna, kotor dan cacat.

Apakah perasaan anda setelah mengetahui adanya panadol palsu dan tiruan ini? Pasti selepas ini anda akan lebih berhati-hati sebelum membeli panadol. Mana tidaknya, beli untuk sembuhkan sakit tetapi makin parah pula.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda supaya mereka juga sedar.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.