Advertisements

Panduan Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Hak Milik Kenderaan 2021

Advertisements

Jika anda bercadang untuk menjual kenderaan sedia ada anda kepada pemilik baru, tahukah anda sebenarnya anda perlu membuat pemeriksaan Puspakom terlebih dahulu?

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, semua kenderaan pensendirian perlu menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum menjalani pemindahan pemilikan.

Tujuan pemeriksaan bertujuan melindungi pemilik baru kenderaan yang dijual daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung.

Pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik akan dikenakan fi sebanyak RM30.

Baca juga: HouzKEY Maybank: Pembelian Rumah Lebih Mudah

Panduan Pemeriksaan Puspakom Untuk Tukar Hak Milik Kenderaan 2021

Pemeriksaan kenderaan boleh dilakukan oleh pemilik asal atau pemilik baharu dengan hadir sendiri di Puspakom.

Untuk mengelakkan anda menunggu panjang, anda disarankan untuk membuat janji temu terlebih dahulu sebelum hadir menjalani pemeriksaan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ini kerana walaupun di waktu biasa, kenderaan yang hadir untuk membuat pemeriksaan di Puspakom juga banyak.

Namun begitu, anda sebenarnya boleh memilih untuk memohon melakukan pemeriksaan Puspakom di rumah anda melalui pemeriksaan bergerak Puspakom.

Untuk membuat janji temu di Puspakom, anda boleh lakukannya secara online sahaja.

Pendaftaran Sistem Janji Temu Puspakom

Pendaftaran Akaun MyPuspakom
  1. Layari laman MyPuspakom;
  2. Tekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA;
  3. Kemudian, pilih jenis akaun yang bersesuaian mengikut jenis pemeriksaan;
  4. Masukkan maklumat akaun yang diperlukan  nama, nombor kad pengenalan (MyKad), alamat dan info-info lain yang diperlukan;
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan;
  6. Kemudian tekan DAFTAR.
Buat Janji Temu Pemeriksaan Puspakom
  1. DAFTAR MASUK menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah disahkan;
  2. Kemudian, pilih TEMUJANJI BARU;
  3. Lengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan seperti kategori kenderaan, jenis kenderaan, kelas kegunaan dan sebagainya;
  4. Kemudian, pilih NEGERI dan TARIKH pemeriksaan yang anda inginkan mengikut kesesuaian anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan adalah tertakluk pada situasi dan keadaan;
  5. Jika anda menggunakan perkhidmatan WAKIL, lengkapkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir;
  6. SAHKAN maklumat janji temu anda;
  7. SAHKAN jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian sama ada menggunakan kad kredit, kad debit atau FPX (perbankan internet);

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Pemeriksaan

  1. BAWA bersama dokumen-dokumen berikut semasa pemeriksaan seperti kad pengenalan, geran kereta atau sijil pemilikan kenderaan/vehicle ownership certificate (VOC) asal atau salinan yang telah diperakui;
  2. Bawa bersama SLIP PENGESAHAN JANJI TEMU semasa pemeriksaan.
  3. Sewaktu pemeriksaan, anda perlu mengisi BORANG B5 PUSPAKOM dan tunggu sehingga proses pemeriksaan selesai.

Menurut prosedur yang digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori sebelum proses tukar nama kereta atau pindah milik kenderaan boleh dilakukan.

Namun begitu, pemeriksaan Puspakom ini terkecuali untuk kenderaan motosikal.

Semasa proses tukar nama geran kenderaan dilakukan. Pihak JPJ akan memerlukan Laporan B5 yang dikeluarkan oleh pihak Puspakom.

Pembeli secara asasnya tidak boleh meneruskan proses tukar nama kereta dan hak milik kenderaan di JPJ tanpa borang B5 Puspakom ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.