Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini adalah suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Namun begitu, pada tahun 2016, Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah diberi nama baru kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD0 dan PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pentaksiran ini, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Apa itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah?
PBS atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu pentaksiran yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia.
Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016 dan PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran
PBS ini terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik:
- Kategori Akademik
- Pentaksiran Pusat (PP)
- Pentaksiran Sekolah (PS)
- Kategori Bukan Akademik
- Pentaksiran Aktivaiti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Penerangan Komponen PBS
- Pentaksiran Pusat
- Dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu berasaskan standard prestasi.
- Pentaksiran Sekolah/Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran.
- Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran semua mata pelajaran di bawah KSPK, KSSR, KSPK dan KSSM.
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum.
- Pentaksiran Psikometrik
- Dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Objektif Perlaksanaan
Objektif perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk:
- Mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu
- Memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu
- Membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu
Kepentingan PBS
PBS ini sangat penting dalam dunia pendidikan kerana ia membantu guru untuk:
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
- Mengetahui keberkesanan pengajaran
- Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
- Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Cara Pelaksanaan
Berikut merupakan cara pelakanaan PBS atau dikenali juga sebaga PBD:
- Merancang PdP dan Kaedah Pentaksiran
- Melaksanakan PdP dan Pentaksiran
- Merekod dan Menganalisis Penguasaan Murid
- Membincangkan sama ada Tahap Penguasaan (TP) perlu dipertingkatkan
- Melapor Tahap Penguasaan Murid
Berikut merupakan panduan pelaksanaan PBD yang lebih terperinci:
Maklumat Lanjut
Untuk anda yang ingin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan PBS ini, anda boleh ke laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baca juga: Program Asasi TVET: Pengenalan, Kelebihan & Syarat Kemasukan