Advertisements

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Advertisements

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa individu di dalam negara untuk memohon jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Permohonan jawatan ini hanya dibuka kepada calon-calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan graduan dari Universiti Awam yang telah menamatkan pengajian.

Bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, gaji minimum yang ditetapkan adalah RM2,188.00 dan gaji maksimum ialah RM9,552.00.

Kadar kenaikan gaji tahunan pula adalah sebanyak RM225.00 setahun.

Semua permohonan perlu dijalankan secara atas talian melalui portal mySPP sahaja.

Tempoh permohonan bagi jawatan ini dibuka sehingga 18 Ogos 2020.

Baca juga: Download Borang Permohonan Guru Ganti 2020

Syarat Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Calon-calon yang berminat perlu memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pilihan Opsyen & Pengkhususan

Tawaran bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini tertakluk kepada pilihan opsyen dan pengkhususan iaitu:

Pilihan OpsyenPengkhususan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Pendidikan (Bahasa Arab)Bahasa Arab
Pendidikan (Bahasa Perancis)Bahasa Perancis
Pendidikan (Bahasa Cina)Bahasa Cina
Pendidikan (Bahasa Iban)Bahasa Iban
Pendidikan (Bahasa Inggeris/Kesusasteraan Inggeris)Bahasa Inggeris/English Science Technology/TESL/TESOL
Pendidikan (Bahasa Kadazan)Bahasa Kadazan/Bahasa Dusun
Pendidikan (Bahasa Melayu)Bahasa Melayu
Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)Bimbingan dan Kaunseling/Kaunseling
Pendidikan (Biologi)Biologi
Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)Elektrik dan Elektronik
Pendidikan (Fizik)Fizik
Pendidikan (Geografi)Geografi
Pendidikan (Kimia)Kimia
Pendidikan (Matematik/Statistik)Matematik/Matematik Tambahan
Pendidikan (Teknologi Maklumat/Multimedia)Multimedia/Sains Komputer/Teknologi Maklumat/Grafik Komunikasi Teknikal
Pendidikan (Muzik)Muzik/Seni Muzik/Pendidikan Muzik
Pendidikan (Pendidikan Islam/Pengajian Islam)Pendidikan Islam/Pengajian Al-Quran atau Pendidikan Islam/Pengajian Al-Quran serta Diploma Tahfiz Al Quran dan Qiraat
Pendidikan (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)Pendidikan Jasmani dan Kesihatan/Pendidikan Jasmani/Pendidikan Sukan dan Rekreasi/Sains Sukan/Sains Kejurulatihana
Pendidikan (Pendidikan Khas)Pendidikan Khas
Pendidikan (Moral)Pendidikan Moral/Sivik dan Kewarganegaraan
Pendidikan (Seni dan Seni Reka)Pendidikan Seni Visual/Seni dan Seni Reka
Pendidikan (Pengurusan Perniagaan)Pengurusan Perniagaan
Pendidikan (Perakaunan)Perakaunan
Pendidikan (Rekabentuk dan Teknologi)Rekabentuk dan Teknologi/Kemahiran Hidup/Kejuruteraan Mekatronik/Mekanikal/Elektronik
Pendidikan (Reka Cipta)Reka Cipta
Pendidikan (Sains)Sains/Sains Tambahan
Pendidikan (Sains Pertanian)Sains Pertanian
Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga/Sains Rumahtangga)Ekonomi Rumah Tangga/Sains Rumahtangga
Pendidikan (Sejarah)Sejarah/Pengajian Malaysia
Pendidikan (Pemesinan)Teknologi/Kejuruteraan Pemesinan Industri
Pendidikan (Kimpalan dan Fabrikasi Logam)Teknologi/Kejuruteraan Kimpalan
Pendidikan (Automotif)Teknologi/Kejuruteraan Automotif
Pendidikan (Penyamanan Udara)Teknologi/Kejuruteraan Penyejukan & Penyamanan Udara/Penghawa Dingin

Langkah Memohon

Bagi yang ingin memohon, anda perlu membuat permohonan melalui portal mySPP.

Bagi yang masih belum mempunyai akaun dan ingin memohon kali pertama, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran mySPP di sini.

Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Log in portal mySPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/
  2. Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’, dan klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’
  3. Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’
  4. Masukkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 di dalam kotak tersebut.
  5. Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga/Ujian Khas daripada senarai yang diberikan.
  6. Kemudian tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
  7. Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ dan pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
  8. Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
  9. Klik butang ‘Hantar.’

Semakan Permohonan

Pemohon yang telah menghantar permohon boleh membuat semakan permohonan menerusi langkah-langkah beriktu:

  1. Klik pada bahagian ‘Semakan Permohonan.’
  2. Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan.
  3. Paparan akan memaparkan sama ada permohonan berjaya atau tidak.
  4. Jika paparan yang dipaparkan “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian.

Pertanyaan Lanjut

Pemohon boleh menghubungi Talian Hotline mySPP di talian 03-8893 4019/4020/4021/4022 untuk pertanyaan lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.