Advertisements

PeKa B40 – Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan B40

Advertisements

Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dibina bagi memberi manfaat kepada golongan B40.

Skim Peduli Kesihatan B40 ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Manfaat Melalui PeKa B40

Antara manfaat yang bakal diterima oleh mereka yang layak adalah seperti berikut:

  1. Saringan Kesihatan PERCUMA.
  2. Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori).
  3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000.
  4. Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3).

Nota tambahan:

1 – Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
2 – Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Baca juga: MySTEP 2022: Tawaran Kerja Kontrak Bagi Pengganggur

Siapa Yang Layak Mendapat PeKa B40?

Kelayakan untuk mendapatkan bantuan PeKa B40 adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang didaftarkan
  2. Anda yang berumur 40 tahun dan keatas.

Bagi anda yang memenuhi kriteria di atas, kelayakan anda adalah secara automatik dan tidak memerlukan pendaftaran.

Baca juga: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Prosedur Untuk Mendapatkan Manfaat PeKa B40

Langkah-langkah untuk mendapaktan manfaat skim ini adalah seperti berikut.

Langkah 1 : Semak kelayakan anda di sini.

Langkah 2 : Jika dianggap layak, kunjungi klinik PeKa B40 terdekat, yang boleh dikenal pasti oleh ikon PeKa B40, dan pastikan anda membawa MyKad anda.

Langkah 3 : Pemeriksaan perubatan akan dilakukan semasa lawatan pertama anda ke klinik.

Langkah 4 : Lawatan kedua untuk mengetahui keputusan ujian makmal daripada doktor, serta tindakan susulan, iaitu sama ada merujuk kepada salah satu Fasiliti KKM, atau Program Sihat dan Aktif KKM (Program Sihat Cergas).

Semak Kelayakan

Bagi anda yang telah memenuhi kriteria kelayakan untuk mendapatkan manfaat PeKa B40, anda boleh semak kelayakan anda di link di bawah dengan memasukkan no. kad pengenalan:

LINK: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Senarai Klinik Berdaftar

Senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini boleh di lihat di link di bawah:

LINK: https://bms.pekab40.com.my/provider

Maklumat Lanjut

Skim Peduli Kesihatan B40 ini dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sila hubungi saluran berikut untuk maklumat lanjut tentang skim ini:

TALIAN UTAMA
+603-8687 2525
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad)

EMEL
[email protected]
[email protected] [email protected]
[email protected]

ALAMAT
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan​

LAMAN WEB
https://protecthealth.com.my/peka-b40/

MEDIA SOSIAL
ProtectHealth Corporation

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements