Advertisements

Pelaksanaan Bayaran Tanpa Tunai Di Fasiliti Kesihatan KKM Mulai 1 Oktober

Advertisements

Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 telah menetapkan supaya semua agensi pada peringkat persekutuan dan negeri perlu menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan menjelang tahun 2022.

Selain itu, Pelan Antirasuah KKM 2021-2022 juga telah menggariskan inisiatif bayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan KKM untuk mengelakkan ketirisan hasil Kerajaan.

Oleh itu, KKM akan melaksanakan bayaran tanpa tunai (cashless) mulai 1 Oktober 2022.

Jenis Pembayaran Tanpa Tunai

Pelanggan boleh membuat pembayaran tanpa tunai di setiap fasiliti kesihatan KKM dengan menggunakan:

  • Kad ATM
  • Kad Debit atau Kad Kredit
  • E-dompet

Walau bagaimanapun, bayaran secara tunai MASIH DITERIMA sekiranya pelanggan tidak mempunyai tidak mempunyai sebarang mod e-bayaran atau akaun bank.

Baca juga : Semakan Online Wang Tak Dituntut Dan Proses Bayaran Balik WTD

Kebaikan Bayaran Tanpa Tunai

Antara kebaikan daripada pelaksanaan bayaran tanpa tunai di setiap fasiliti kesihatan KKM adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Dapat mengurangkan risiko berlaku ketirisan wang awam
  • Peningkatan kecekapan pengurusan terimaan hasil di kaunter yang lebih cepat, mudah dan selamat
  • Pengurangan kos dan proses kerja dalam urusan kutipan hasil di peringkat pusat tanggungjawab
  • Pengurangan risiko jangkitan Covid-19 di kaunter bayaran melalui platform tanpa sentuh.

Oleh itu, KKM menjangkakan sekurang-kurangnya 95% transaksi terimaan tanpa tunai di klinik dan hospitalnya menjelang akhir tahun ini.

Baca juga : PLK KKM: Program Latihan Kepakaran Pegawai Perubatan/Pergigian

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements