Advertisements

Pelitup Muka Tidak Lagi Wajib Jika Di Luar Bangunan Mulai 1 Mei 2022

Advertisements

Sebelum ini terdapat desas desus mengenai pemansuhan SOP pemakaian pelitup muka akan dilaksanakan. Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin juga seperti memberi gambaran perkara ini bakal dilaksana.

Hari ini SOP pemakaian pelitup muka diumumkan di mana ianya tidak lagi diwajibkan mulai 1 Mei ini. Namun, terdapat beberapa situasi di mana pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SOP Pemakaian Pelitup Muka berkuatkuasa 1 Mei 2022.

SITUASI 1: Wajib Pakai Pelitup Muka

  1. Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB ketika berada di dalam bangunan seperti pejabat, pusat membeli-belah, lif, bilik darjah termasuk pengangutan awam dan kenderaan e-hailing.
  2. Namun begitu, pelitup muka boleh ditanggalkan di dalam bangunan untuk situasi tertentu seperti:
    • ketika makan.
    • ketika bersenam berseorangan.
    • ketika memberi ucapan.
    • ketika membuat persembahan di atas pentas.

SITUASI 2: Pakai Pelitup Muka Atas Pilihan Tetapi Digalakkan

  1. Pemakaian pelitup muka adalah pilihan (optional) apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka seperti di luar rumah atau bangunan pejabat, perhentian bas, taman, padang, laluan pejalan kaki yang terbuka dan jambatan.
  2. Digalakkan untuk memakai pelitup muka di kawasan yang sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam dan stadium.
  3. Individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selesema
  4. Individu yang berisiko tinggi
  5. Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas

Untuk melihat senarai penuh kelonggaran SOP terkini yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sila rujuk Senarai Kelonggaran SOP Covid-19 Berkuatkuasa 1 Mei 2022

Sumber: KKM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.