pembantu penguasa kastam

Jawatan Kosong Pembantu Penguasa Kastam WK19 Lepasan SPM

Perhatian adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk bertugas sebagai anggota unit beruniform.

Jawatan kosong Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 kini dibuka.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang SPA8i di portal rasmi SPA.

Deskripsi Tugas

Pembantu Penguasa Kastam bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara.

Selain itu, mereka juga perlu membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais.

Pembantu Penguasa Kastam juga perlu menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.

Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,353 sehingga boleh mencecah maksimum gaji RM4,005 dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100 setahun.

Elaun, bonus dan faedah-faedah lain sebagai penjawat awam akan dinikmati seperti biasa.

Jawatan Kosong Pembantu Penguasa Kastam

Sebanyak 179 kekosongan untuk diisi di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mendapat kepujian dalam subjek Matematik.

Untuk memohon, sila klik pautan di bawah:

  1. https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
  2. https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2019.

Syarat permohonan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • 21.8K
    Shares

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.